Malam pertama tour,kami bermalam di hotel Radisson.Hotel yang besar dan selesa.Berbaloi-baloi dengan apa yang kami bayar.Esoknya morning call pukul 6.00pagi.Tapi kami dah bangun lebih awal untuk solat dan sarapan. Pukul 7.00 pagi kami bertolak keNiagara Fall yang terletak disempadan United State dan Canada.Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 minit dari hotel.
Kami sangat teruja untuk melihat keajaiban Niagara Fall sebab sebelum ini tidak pernah terlintas dihati yang suatu hari saya akan berkesempatan untuk menjejakkan kaki kesini.Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya,apa yang tidak terdetik pun dihati kita,Allah ada rencananya.Syukur alhamdulillah.
Niagara Fall terletak disungai Niagara yang mengalir dari Lake Erie ke Lake Ontario.Kita akan melihat kekuatan alirannya dari Canada dan US.Ada beberapa nama fall iaitu Horseshoe Fall yang sangat cantik kelihatan dari sebelah Canada,Bridal Veil dan American Fall.
Pemandangan disini memang cantik dan menarik,cuaca pun bagus,mungkin rezeki kami walaupun ramalan cuaca mengatakan akan hujan.Cuaca semakin sejuk walau matahari memancar terang.Tapi bagi orang tempatan cuaca begini sungguh nyaman dan menyenangkan.





Kelihatan dalam gambar boat yang dipanggil Maid of the Mist.Boat ini akan pergi hampir kawasan rainbow bridge .Keadaan boat merentasi arus yang deras menyebabkan keadaan boat terumbang ambing dipukul arus yang sangat kuat ditambah lagi dengan percikan air yang mengalir turun.Penumpang akan diberi sehelai baju hujan untuk dipakai,walaubagaimanapun kebanyakannya akan basah(setengahnya basah kuyub) disimbah air yang mengalir deras.Saya difahamkan boat seperti ini telah beroperasi sejak tahun1846 lagi! Maid of the Mist ada legendanya yang tersendiri dimana pada zaman dahulu ini lah tempat gadis-gadis sunti dikorbankan untuk mententeramkan keadaan kampung mereka yang dipercayai diserang oleh seekor ular yang mempunyai banyak kepala yang terletak didasar sungai.Bayaran yang dikenakan untuk menaiki boat ini ialah US13.00.






Sesampainya dikawasan Niagara Fall kami dibawa menonton movie 3 D yang menunjukkan kekuatan kuasa aliran yang dihasilkan oleh Niagara Fall.Kemudian kami pusing dikawasan sekitar untuk ambik gambar dan posing-posing....
Walau apa pun bagi saya ini adalah anugerah Allah yang patut kita hayati dan menilai dimana letaknya diri kita dalam kebesaran dan kekuasaanNya walau siapa pun kita...jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment