Esoknya pukul 7.00 pagi kami sudah berada diatas bas,tapi bas masih tidak dapat bergerak kerana seorang gadis dari Rusia terlewat bangun, jadi pukul 7.30 pagi baru kami dapat meneruskan perjalanan.Pemandu pelancong kami mula bising memberi amaran sesiapa yang lambat akan ditinggal kerana bandaraya Washington sangat sibuk dan segalanya perlu pantas.Memang betul seperti yang dikata oleh Jimmy kerana bas bergerak perlahan kerana trafik jem walaupun perjalanan ketempat yang dituju tidak jauh dari hotel kami menginap.
Washington DC adalah ibu negara US dan merupakan bandar metropolitan yang sibuk dengan kepadatan penduduk 5.6 juta.Ianya terletak disepanjang sungai Potomac dengan pemandangan yang sangat indah.
Kami dibawa ketempat-tempat menarik yang sering dikunjungi pelancong apabila melawat ke Washington seperti Vietnam War Memorial,White House,The Nation Capital dll.
Sebelum bertolak,sempat mengambil gambar untuk kenangan
Lincoln Memorial
Abraham Lincoln
Semasa hidup disanjung,sesudah meninggal diingati kerana jasa-jasa yang ditinggalkan,seperti pepatah melayu 'harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama'.Kami hanya diberi masa selama 30 minit sahaja disini jadi kami tak sempat nak mengambil banyak gambar kerana takut ditinggal.Walaubagaimana pun seorang ahli rombongan kami dari Sepanyol terpaksa ditinggal kerana lewat selama 10 minit.
Vietnam War Memorial-dibina bagi memperingati pejuang-pejuang yang meninggal dunia semasa peperangan di vietnam.
Walaupun bangunannya berwarna putih tapi ini bukanlah White House,White House hanya boleh nampak dari jauh sahaja,tidak berkesempatan lah nak bergambar ditangga macam ni....
Bangunan ini juga dikawal rapi dengan beberapa orang polis dihadapan tangga.Dihadapan bangunan ini ada sebuah padang yang luas dimana semasa kami disana ada sekumpulan orang kurang upaya yang berkumpul dan memegang sepanduk supaya hak mereka disamaratakan.
No comments:
Post a Comment