Tuesday, 18 October 2011

Renaissance Festival

Renaissance Festival diadakan sekali dalam setahun di Charlotte iaitu dari bulan Oktober hingga November setiap hujung minggu.Kami sampai agak lambat jadi kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang sebatu untuk sampai kedestinasi dari tempat parking kereta.Bayaran untuk masuk ialah US20 seorang tapi kalau kita  ada coupon diskaun  yang boleh didapati dari beberapa tempat atau suratkabar bayarannya lebih murah iaitu US40 untuk 3 orang.Sebab itulah kami lambat kerana berpusing-pusing mencari coupon untuk mendapatkan diskaun untuk kami 3 orang.Akhirnya berjaya jugak kami mendapatkan coupon tersebut.

Keadaan di festival tersebut seolah-olah kita berada diera renaissance kerana rumah,istana,pondok-pondok jualan dan jurujual semuanya dibuat mengikut zaman tersebut.Ada juga watak-watak dalam fairy tale seperti Cinderalela,Robin Hood dll.Kebanyakan pengunjung yang hadir juga memberi sokongan dengan memakai pakaian yang sesuai dengan era renaissance seperti gaun kembang,watak jahat dalam fairy tale,puteri,raja dan macam-macam lagi.Mereka juga tidak keberatan apabila diminta untuk bergambar.

Di samping itu diadakan bermacam-macam jualan seperti makanan, pakaian era zaman dahulu,kraftangan,pisau dan berbagai jenis pertunjukan.Kita terpaksa berjalan agak jauh kerana ianya meliputi satu kawasan yang sangat luas.Lengguh jugak kaki berjalan.




 Mereka ini terdiri dari satu kumpulan  besar yang bergerak dari satu tempat mengikut masa/ jadual dengan mengadakan persembahan secara sepenuh masa dan profesional.Jadi tidak hairanlah mereka sangat mahir dalam bidang masing-masing kerana ini adalah bidang atau pekerjaan mereka.





 Saya bergambar dengan pengunjung yang berpakaian lengkap seperti era renaissance,dan mereka sangat sporting apabila diminta bergambar atau beraksi mengikut watak yang mereka wakili.




                              Ini pula adalah persembahan pemilihan knight seperti yang selalu kita lihat dalam tv.















Banyak barang yang berkenan dihati tapi apabila memikirkan macamana nak membawanya pulang ke Malaysia,hasrat tersebut terpaksa dilupakan.Tempat tersebut di tutup pada pukul 5.30 petang dan kami terpaksa berderet dalam kesesakan kerana semua orang pulang pada waktu yang sama dan yang pasti kami pulang dengan perut yang berkeroncong....

No comments:

Post a Comment