Monday, 17 October 2011

Times Square

Dari hotel di flushing kami naik train no 7 ke Times Square dengan tambang US5.00.Kalau naik teksi pula tambangnya US40.00.Bayangkan betapa banyak bezanya!Selain untuk pusing-pusing di Times Square,kami juga ada satu  lagi hajat iaitu untuk mencari nasi beriani yang banyak dijual disekitar bandaraya New york. Selain dari makanan halal ada juga vendor-vendor yang menjual makanan Mexican,minuman,burger,pizza dan makanan ringan.Alhamdullilah dapat juga saya makan nasi beriani yang sedap pada hari tu.


Terpaksa makan sambil berdiri saja sebab tidak ada tempat makan yang disediakan.Sebelum balik kami membeli sebungkus lagi untuk dimakan dihotel.Jurujual sangat peramah dan baik hati.Kami diberi diskaun dan makanan pun bukan main banyak,lebih dari cukup untuk makan berdua .(mudah-mudahan dimurahkan rezekinya)Saya juga diberi peluang untuk menjadi pembantu jurujual.Walaupun agak panas tapi kalau tidak dicuba bila lagi.....


Bangunan-bangunan di sekitar Times Square tinggi,moden dan kebanyakannya dihiaskan dengan papantanda elektronik besar-besar dan berwarna-warni menjadikan kawasan disini sentiasa  meriah,ceria dan seolah-olah tiada penghujungnya.Disini kita dapat melihat bermacam-macam ragam manusia yang datang dari seluruh pelusuk dunia dengan pelbagai tujuan dan harapan.Kadang kala kita dapat melihat pakaian yang pelik-pelik yang dipakai tetapi siapa pun tak kisah dan tiada siapa ambil tahu......







 Untuk masuk ke Ripley's Belief It Or Not,bayaran yang dikenakan ialah US29.90 seorang.Tapi kami hanya bergambar diluar sahaja kerana kami bercadang untuk masuk ke Museum lilin yang terletak bersebelahan dengan bangunan ini.Hai, New York semuanya duit...yang buat kita fikir banyak kali kerana semuanya kena didarabkan dengan 3(duit msia)





Ini pula di museum lilin Madam Tasaud yang menempatkan patung-patung lilin pemimpin terkenal dunia dan para selebriti seperti Angelina Jolie,Bratt pitt,Barrack Obama,Shah Rukh Khan dan yang terbaru Lady Gaga.Sarimah?,Siti Norhaliza?.Tidak termasuk dalam senarai lagi....Bayaran untuk masuk ke sini ialah US39.00..cukup untuk membeli sepasang kasut......




 Setelah penat pusing-pusing, ramai yang mengambil kesempatan merehatkan diri dikawasan rehat yang disediakan ditengah-tengah pusat membeli belah sambil menyaksikan gelagat manusia yang lalu lalang.
Pada pukul 5.40 petang kami naik train ke Flushing.Adalah tidak digalakkan untuk naik train pada waktu malam kerana keadaan di subway agak gelap, jauh dan menakutkan.


Semasa dalam perjalanan pulang,hati saya tersentuh melihat seorang lelaki kulit hitam pertengahan umur yang duduk disebelah saya dalam train sedang khusuk membaca kitab suci Alquran.Terasa alangkah kerdilnya diri ini disisi mereka yang menghambakan diri kepada Allah dalam kesibukan mengejar kehidupan ditengah kotaraya New York.....


No comments:

Post a Comment