Wednesday, 5 October 2011

Watkin Glens

Dari Niagara Fall kami dibawa melawat ke Watkin Glens State Park.Watkin Glens terletak di Schyler County NY.Mulanya saya agak keberatan untuk membayar US10 untuk bayaran masuk ke park ini kerana menyangkakan ianya hanyalah sebuah taman biasa.Tapi apabila sampai kami ubah fikiran.Rugi rasanya kalau tidak merasai pengalaman dihutan yang berusia  beratus  tahun.


Adventure bermula di kawasan tinggi menuruni beratus-ratus anak tangga.Tapi pemandangan disini sungguh berbeza kerana kita berjalan menuruni belahan batu-batu yang berusia beratus-ratus tahun dan kita berada 400 kaki dalam dari aras laut.Perjalanan menuruni Gorge trail mengambil masa 2 jam.Kami dinasihatkan supaya mengikut trail ini sahaja takut tersesat kerana kawasan ini sangat luas.

Kami berjalan menuruni tangga melalui hakisan batu yang berbagai corak akibat hakisan dan titisan air.Kawasan ini merupakan kawasan batu kapur tertua disini.Terdapat berbagai kemudahan yang disediakan seperti untuk camping,tandas dan kemudahan untuk orang kurang upaya.Tetapi kawasan yang kami lalui ini hanya untuk tracking sahaja.,yang paling kesian apabila ada yang menuruni tangga -tangga ini berkasut tinggi (kerana tidak di beri penerangan terlebih dahulu)

                                                   
                                                                 Entrance Amphiteater



 Terasa seperti berada dalam filem fantasi apabila berada disini kerana kawasan nya lembab dan sunyi,yang kedengaran hanya deruan air dan kicauan burung yang melintasi kawasan hutan.



                                                                  Entrance Tunnel

                    Kami berada di kawasan titik merah dalam gambar iaitu jauh kedalam curam yang dalam.
.






Selepas keluar dari kawasan rimba,kami disambut dengan kawasan pinggir bandar yang jauh berbeza dengan keadaan didalam kawasan hutan yang rasanya macam tiada kesudahannya.Disini terdapat macam-macam cenderahati yang dijual tapi seperti biasa kami hanya ada masa untuk pergi ke tandas sahaja.Semuanya mesti cepat dan pantas.....

No comments:

Post a Comment