Keesokan harinya,kami hanya meronda kawasan Flushing sahaja kerana flight kami pukul 5.00 petang,lagipun dari hotel kami di Flushing ke La Guardia airport hanya 10 minit perjalanan dengan kereta.Kami bercadang untuk naik bas sahaja ke airport untuk menjimatkan perbelanjaan tapi kebetulan hari tu memang hujan selebat-lebatnya jadi kami terpaksa naik teksi untuk ke airport dengan bayaran sebanyak US20.00 walaupunpun sebenarnya hanya US15.00.Memang cekik darah betul.
Di Flushing,tak banyak yang dapat dilihat walaupun ada banyak shopping mall.Kalau sekali pandang terasa seperti berada di negara China kerana kebanyakan orang yang kami jumpa adalah orang cina dan tulisan dikedai juga tulisan cina.Begitu besar pengaruh orang cina terhadap ekonomi US.Agaknya lama-kelamaan pupuslah orang putih di negara mereka sendiri...
Di Flushing saya pergi ke mall yang hanya menjual kebanyakan barang dari China,Macy's dan ke supermart yang menjual makanan termasuklah makanan basah seperti ikan dan pelbagai jenis sayuran termasuklah sayuran yang biasa didapati di Malaysia seperti keladi,jantung pisang,petola,bayam dan macam-macam lagi.
Saya sangat teruja apabila melihat ikan merah masin yang memang sedap dibuat gulai ikan masin.Kebetulan baru semalam bersembang dengan adik di Malaysia pasal masak lemak kuning ikan masin.Harganya boleh tahan iaitu US11.00 untuk 3 keping sebesar tapak tangan tapi tak dapat juga saya membelinya kerana takut dibuang semasa pemeriksaan kastam di airport.Pemeriksaan kastam di airport memang sangat-sangat ketat lebih-lebih lagi kerana kita berbeza dari segi pakaian dan warna kulit,memang sangat-sangat berbeza dengan cara pemeriksaan kastam dinegara kita yang sangat simple dan longgar.
Kami pergi lebih awal ke airport kerana takut terperangkap dalam kesesakan lalulintas lagipun kami tak dapat kemana-mana dengan hujan yang begitu lebat.Kami sampai di charlotte Douglas Airport lebih kurang pukul 8.00 malam kerana flight delay.
No comments:
Post a Comment