Monday, 31 October 2011

Mountain

Musim sejuk baru bermula tetapi perubahan cuaca yang tidak menentu menjadikan cuaca berubah dengan cepat.Dalam berita pagi tadi salji sudah mula lebat di New York,Washington Colorado dan beberapa tempat lain malah banyak penerbangan yang terpaksa ditunda kerana ribut salji walaupun keadaan ini jarang berlaku diakhir bulan Oktober.
Apabila musim sejuk bermula banyak perubahan yang boleh dilihat selain dari cuacanya yang sejuk,perubahan pakaian dan pokok-pokok juga sudah mula bertukar warna.Dimana-mana kita akan dapat melihat daun menjadi kekuningan atau kemerahan mengikut jenis pokok.
Pada hujung bulan Oktober biasanya poko-pokok dikawasan tanah tinggi akan bertukar warna lebih cepat kerana kawasan tanah tinggi lebih sejuk.Perubahan warna pokok-pokok ini akan diwar-warkan dalam tv mengikut kawasan kerana biasanya orang ramai akan berpusu-pusu ke mountain untuk melihat bukit-bukit yang berwarna-warni.
Pada minggu lepas kami juga berpeluang melihat daun-daun yang telah bertukar warna di Grandfather Mountain.Kami bertolak pukul 9.00 pagi kerana perjalananke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam.Pemandangan disepanjang perjalanan sungguh cantik seolah-olah kita melihat sebuah lukisan yang besar.Bukit bukau yang berlapis-lapis dengan warna kemerahan dan kuning keemasan seolah-olah ada lampu yang menyuluhnya.Begitu lah besarnya kebesaran Allah.



Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam menjadi lebih kerana rupa-rupanya banyak kereta yang datang dari merata-rata tempat yang mempunyai tujuan yang sama dengan kami iaitu menghayati keindahan alam ciptaan Allah.Ingatkan banyak tempat boleh menyinggah tapi kerana perjalanan mengambil masa yang lama banyak tempat yang terpaksa dilupakan.Walau bagaimanapun sebelum sampai ke mountain kami singgah di kawasan memancing ikan trout.Sungguh menarik kerana tempat tersebut menyediakan semua peralatan memancing dan dalam masa beberapa minit sahaja ikan sudah memakan umpan.Ikan-ikan tersebut akan ditimbang dan kita hanya perlu membayar mengikut berat ikan yang ditangkap.                                                                                                                                                                            Kami juga sempat menjamu mata dibeberapa outlet disini(acara wajib)Walaupun tidak sempat membeli apa-apa disini kerana kesuntukan masa tapi puas hati kerana dapat melihat barangan berjenama seperti Coach,Tommy Hillfiger,Nautika,Polo dll yang dijual disini.

Kami juga singgah di Appalachian Universiti yang terletak disini.kami juga pergike Boone iaitu kawasan tanah tinggi dan kawasan dimana salji lebat dimusim sejuk dan saya difahamkan disini juga merupakan tempat untuk main ski.


Replika kawasan tanah tinggi dan Lincove Viaduct





Kami juga pergi ke kawasan air terjun dan tempat hiking tapi oleh kerana kami sampai agak gelap kami hanya sempat bergambar di tempat yang dekat-dekat sahaja.Masih ramai orang berjalan ke kawasan air terjun walaupun jam telah pun menunjukkan pukul 6.45 petang.Kami terpaksa meneruskan perjalanan ke Mitchel Mountain iaitu tempat paling tinggidi banjaran Appalachian yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari sini.












 Ini lah gunung Mitchel yang terletak ditempat yang paling tinggi sekali (dengan ketinggian 6578 kaki ).Tempat ini di tutup kepada orang ramai pada pukul 8.00 malam,nasib baik kami sempat sampai tepat pukul 8.20 malam.kawasan sekitar sudah gelap tapi masih ada sebuah kereta lain yang baru sampai selepas kami tiba.Syukur kepada Allah kerana dapat juga kami menjejakkan kaki disini dan terima kasih kepada kawan yang bersusah payah membawa kami kesini.(dulu saya hanya mengetahui mengenai banjaran Appalachian hanya melalui buku geografi sahaja)
Pokok-pokok yang terdapat disini juga berbeza dengan pokok-pokok yang lain kerana rupa bentuk yang pelik mungkin kerana menahan suhu yang sejuk.Saya juga menggeletar kesejukan kerana suhunya yang sangat rendah tapi kerana nak bergambar ditahankan juga kerana entah bila akan kesini lagi atau mungkin inilah yang pertama dan terakhir.......

No comments:

Post a Comment