Thursday, 3 November 2011

haloween

Perayaan haloween tinggal sehari sahaja lagi.Dimana-mana sahaja disini kita akan dapat melihat rumah-rumah yang dihias cantik dengan labu-labu,labah-labah,scare crow, salji dan berbagai jenis ' hantu ' yang tergantung dihalaman rumah dan pusat-pusat membeli belah.
Pusat-pusat membeli belah juga menawarkan pelbagai hadiah untuk menarik perhatian pelanggan.Kanak-kanak juga tidak sabar untuk menunggu hari tersebut kerana pada hari haloween mereka boleh jadi apa sahaja yang mereka kehendaki seperti cinderallela,prince dan princess,lanun,batman, katak dan bermacam-macam lagi kerana semua costume tersebut bolah didapati dengan mudah sahaja dipusat membeli-belah.Malah ada sesetengah kedai yang awal-awal lagi menawarkan gula-gula kepada kanak-kanak untuk menarik perhatian pelanggan.Apabila anak-anak tertarik pada coklat dan gula-gula,ibubapa pula berbelanja.Itu ada sebahagian dari strategi perniagaan.

Pada 30 hb November ialah sambutan haloween.Pada malam tersebut kanak-kanak  akan memakai bermacam-macam costume akan pergi dari kerumah-rumah untuk trick or treat dimana mereka akan diberi gula-gula  oleh tuan rumah.Ada juga kanak-kanak yang tidak sabar-sabar untuk mengenakan costume dengan memakainya sejak dari petang lagi.Tentu lah ini sangat mengembirakan hati mereka apatah lagi jika mereka mendapat coklat yang disukai.

Pusat membei-belah juga akan menjual berbagai jenis gula-gula dan coklat dalam saiz dan bungkusan yang kecil dengan tujuan memberi kemudahan kepada pelanggan disamping dapat menjimatkan belanja .
Saluran televisyen juga akan menyiarkan berbagai jenis costume dan tawaran murah sempena perayaan tersebut malah pengacara tv juga akan memakai costume yang menakutkan  sepanjang pengacaraan.Begitu juga dengan sambutan haloween diseluruh negara akan disiarkan dalam secara langsung dari masa kesemasa.
Saluran masakan pula akan menyiarkan cara-cara menyediakan makanan yang menyeram dan menjijikan seperti pizza dengan toping seperti darah,kek-kek yang berbentuk tengkorak dan bermacam-macam perkara yang menyeramkan.
Labu-labu besar diukir dan diletak lampu didalamnya yang menjadikannya kelihatan sungguh cantik terutama pada waktu malam.















No comments:

Post a Comment