Wednesday, 9 November 2011

Myrtle beach 2


Pagi-pagi lagi saya sudah bangun untuk menyediakan sarapan pagi.Apa-apa pun makan mesti berat sebab nanti kena guna banyak tenaga untuk berjalan.(alasan)



Pagi ni saya menyediakan spageti goreng untuk sarapan pagi.Memang sungguh kenyang sebab sampai kepetang boleh bertahan.Selepas check out kami pergi keBoardwalk.Dikiri boardwalk dipenuhi kedai-kedai yang menjual beraneka jenis cenderahati,pakaian dan kedai menjual makanan manakala disebelah kanan pula ialah laut.




 Kedai-kedai yang menjual cenderahati yang berbagai-bagai jenis termasuk lah stiker dan papan tanda.Themepark yang terdapat disini kebanyakannya ditutup kepada orang ramai pada musim sejuk.Walaupun cuaca sudah mula sejuk tapi masih ramai yang mengunjungi pantai kerana pemandangannya yang berbeza dan mungkin kerana hotelnya lebih murah.




Bayaran untuk naik helikopter ialah sebanyak US20.00.Kita akan dibawa berpusing-pusing sekitar bandar dan pantai.





       
                                                            Ripley's Believe It Or Not


Dalam perjalanan pulang kami singgah pula di beberapa outlet.Oleh kerana kesuntukan masa tidak banyak yang dapat di tengok walaubagaimana pun sempatlah membeli beberapa barang untuk orang-orang tersayang sebagai tanda kenang-kenangan .Kami sampai diCharlotte lebih kurang pukul 5.00 petang.Sebelum balik sempat singgah dikedai untuk membeli daging dan ayam untuk minggu ini.

No comments:

Post a Comment