kawasan rumah Tahsin terletak berdekatan dengan Concord Mill -pusat membeli belah yang jauhnya12 kilometer dari rumah kami.Oleh kerana kami tiada transport jadi selepas kelas kami pergi dengan keretanya dan dihantar pulang pada pukul 11.00 malam.
.Kemudian barulah kami dijamu dengan nasi,kofta berkeju (sejenis daging yang dibakar/goreng) ayam panggang,salad sayur-sayuran, jeruk timun dan limau.Seperti makanan timur tengah yang lain tiada kuah yang dimakan bersama nasi. Selepas itu disudahi dengan pencuci mulut iaitu sejenis makanan manis yang dipanggil gullaj dan buah-buahan.Orang-orang Turki memang gemar makan keju malah golongan tua masih menyediakan keju mereka sendiri dari kambing atau lembu.Saya diberitahu untuk mengelakkan keju dari cepat rosak,mereka akan melumurkan keju dengan garam dan disimpan ditempat sejuk.Apabila hendak digunakan keju tersebut akan dibasuh terlebih dahulu untuk mengelakkan terlalu masin..Makanan pencuci mulut pula kebanyakkan nya sangat manis dan sedap.Salah satu yang pernah saya cuba semasa International Festival di UNCC ialah baklava yang dibuat dari pastri dan kacang.
Gullaj dibuat daripada kulit filo yang putih seperti kapas yang boleh dibeli dari kedai2 yang menjual makanan Turki kemudian dilapis dengan kelapa dan kacang walnut atau kacang tanah dan rasanya manis dan sedap.Selepas makan gullaj kami dihidangkan dengan buah-buahan.Rupanya banyak cara menyediakan teh.Orang Cina menyediakan dan minum dengan cara yang sungguh unik.Orang India juga mempunyai cara yang berbeza dalam menyediakan teh.Begitu juga dengan orang Inggeris dan orang Turki.Tahsin juga menunjukkan cara menyediakan teh cara Turki.
Teko kecil dibahagian atas dimasukkan serbuk teh yang dicampur sedikit air manakala teko yang bahagian bawah diisikan dengan air,Apabilaair mendidih teh akan dituang berselang seli iaitu sedikit dari teko kecildan sebahagian air yang mendidih dari teko besar.Boleh diminum dengan gula atau tanpa gula.Biasanya diminum tanpa gula.Biar macamana uniknya cara menyediakan nya rasanya tetap sama walaupun caranya berbeza....
Walaupun baru saja mengenali pasangan ini tapi sebagai saudara seislam,kami terasa seperti telah mengenali mereka telah lama kerana keramahan dan kebaikan mereka.Saya difahamkan 90% dari penduduk Turki beragama Islam tapi hanya sebahagian sahaja yang mengamalkan ajaran Islam 100 peratus,kebanyakannya mengamalkan cara hidup barat semasa pemerintahan KamalAntartuk.Kaum wanita tidak dibenarkan memakai tudung semasa bekerja atau kesekolah.
Dalam hati saya bersyukur kerana dilahirkan dalam Islam dan dalam negara yang mengamalkan cara hidup Islam tanpa tekanan dan sekatan.....
No comments:
Post a Comment