Oleh kerana haloween akan disambut pada hujung bulan Oktober,banyak rumah-rumah yang telah dihias cantik untuk menyambut perayaan tersebut.Dikebanyakan rumah dihias dengan penyapu-penyapu yang berhias dengan jerami,scarecrow,labah-labah di pintu dan sesetengah rumah telah mula meletakkan labu dihalaman rumah masing-masing.
Pada waktu malam pula mereka akan memasang lilin dan meletakkan di tepi tingkap.Pemandangan ini sungguh cantik dengan rekabentuk rumah yang sungguh menarik.
Saya difahamkan persediaan menyambut haloween disediakan lebih awal kerana kawasan yang kami lalui adalah kawasan kedesaan Inggeris,di mana kalau dibandar-bandar perhiasan menyambut haloween hanya bermula pada awal atau pertengahan bulan Oktober.Di pasar raya dan pusat-pusat membeli belah jugak melambak dengan persediaan menyambut haloween dari cawan,gelas,langsir,paper cup,kasut dan segala-galanya.
Kami singgah untuk makan malam di satu kawasan lapang dimana banyak gerai-gerai yang menjual hasil ladang dan yang paling menarik perhatian saya ialah labu-labunya.
Labu yang mengerutu dan mempunyai bentuk-bentuk yang aneh dan terdapat dalam berbagai warna putih,hijau dan kuning yang tidak terdapat diMalaysia.Begitu juga dengan saiznya yang sungguh besar dan mempunyai warna oren yang terang.
Bunga-bunga yang dijual mengikut musim,beli dan terus gantung di beranda rumah.Senang.Harganya lebih kurang US28 - US30.00Terdapat dalam berbagai warna.
Labu-labu yang besar ini bukan untuk dimakan,tetapi khusus untuk dibuat hiasan, ukiran dan diletakkan dihalaman rumah.
Cili-cili paprika yang segar,kalau ikutkan hati rasa macam nak beli dan bawak balik ke North Carolina kerana harganya yang murah dan sangat segar tetapi bila mengenangkan susah nak membawaknya dan pemeriksaan kastam yang ketat terpaksa dilupakan niat tersebut.
Labu-labu yang berbentuk itik
Ditempat jualan jugak telah dihaiskan dengan cara yang sungguh menarik.Semua labu-labu disusun dengan teratur dan kemas
Sampai jumpa lagi.......
No comments:
Post a Comment