Ini lah tour bas yang kami naik hari pertama tiba di bandaraya New York.Tambangnya 39US seorang untuk masa 48 jam.Tapi kami hanya naik untuk sehari sahaja kerana esoknya kami bertolak keNiagara Fall.
Ini adalah simbol kekuatan ekonomi Amerika- World Trade Centre.Kelihatan beberapa orang polis mengawal ketat kawasan tersebut selepas peristiwa 11 September.
Kawasan membeli belah yang menempatkan butik-butik berjenama seperti Michael Kors,Gucci,Prada,Versace dan pelbagai jenama yang susah lidah menyebutnya,apatah lagi nak membeli tentu lah lebih-lebih susahnya.
Maskot-maskot begini memang banyak terdapat di bandaraya New York.Berbagai cara manusia mencari
rezeki asalkan ada daya, usaha dan kreativiti.Bayaran minima yang dikenakan adalah 1.50US.
Bangunan-bangunan pencakar langit yang terdapat diNewYork.Setengahnya sampai sakit leher nak melihat ke puncak. Bagaimana tingginya bangunan-bangunan yang terdapat disini begitulah juga kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh penduduk New York.
Cruise untuk ke Pulau Liberty yang terletak di Battery Park.Kami hanya sampai di Battery Park sahaja.
Jambatan Brooklyn
Begitulah New York bandaraya yang paling moden, sentiasa sibuk dan penuh dengan cerita.Sampai jumpa lagi.....
No comments:
Post a Comment