Kebanyakan yang hadir adalah ibubapa bersama anak-anak .Semua permainan dikenakan bayaran dan beberapa peratus keuntungan adalah untuk tabung masjid.Saya difahamkan semua masjid dan gereja di sini adalah biayaan sendiri tanpa bantuan dari kerajaan.Jadi samada orang Islam atau Kristian terpaksa mencari dana sendiri untuk kegunaan tempat ibadat masing-masing.
Begitulah satu hari di hari raya di Charlotte,kebanyakan pengunjung terdiri dari orang arab,pakistan,african american dan sedikit mat saleh.Dengan cara ini mereka dapat berkumpul bersama saudara seislam untuk merapatkan tali persaudaraan.
Tidak kira apa cara yang kita lakukan, yang penting ialah kegembiraan.Dan yang paling penting saya gembira kerana dapat keluar rumah selain dari berkurung dalam rumah sepanjang masa....
No comments:
Post a Comment