Kami check in hotel pukul 8.00 malam.Oleh kerana dah malam kami naik cab ke Flushing. Di Flushing kami menginap di hotel Comfort Inn dengan bayaran sebanyak US158 semalam.Dari Manhattan city ke Flushing mengambil masa 40 minit kalau dengan teksi tp bayaran yang dikenakan mengikut meter adalah US40.
Esoknya pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Thousand Island.Perjalanan selama 8 jam memang meletihkan.Kebetulan pulak migrain.Walaubagaimana bas berhenti di beberapa tempat untuk makan dan rehat.Thousand Island merupakan tempat tarikan pelancong antarabangsa.Ianya terletak dikedua-dua belah sempadan Canada dan United State iaitu disepanjang sungai St Lawrence dan Great Lake Ontario.Pulau ini mendapat nama dari 1000 pulau yang terdapat disini dan digelar 'Garden of the great spirit" kerana keindahannya pemandangannya.
Pelabuhan tempat permulaan cruise
Kami dibawa menaiki cruise mengelilingi pulau-pulau selama 2 jam.Bayaran yang dikenakan adalah US20 (bukan free tau,semua berbayar..)
Satu pulau yang kecil untuk sebuah rumah yang besar.Kadang-kadang terfikir jugak apalah yang nak dibuat rumah yang begitu besar tetapi penghuninya hanya ada dua atau paling ramai tiga orang.(biasa la mat saleh ni bukan ada anak ramai)sedangkan ada orang yang rumahnya sempit terpaksa hidup berhimpit-himpit.
Walaupun keletihan dan sakit kepala,posing tetap posing
Cantik kan pemandangannya!Cuba kita bayangkan berani ke kita nak hidup sorang-sorang kat atas pulau tu,walaupun berdekatan tapi tetap berjauhan...
No comments:
Post a Comment