Thursday, 15 September 2011

Chateu Villa

Lama-lama rasa makin malas nak tulis blog ni, bukan apa kerana tidak ada cerita menarik untuk ditulis.Beberapa patah perkataan ditaip akhirnya terhenti separuh jalan.
Setiap hari perkara yang sama dilalui dan tak banyak perkara baru yang dilalui,mungkin letih kerana berpuasa.Setiap hari jumaat atau sabtu kami p laundry berhampiran dengan Chateua Villa, kira-kira 5 min dari apartment kami.Biasanya bila hari  tidak begitu panas.Lagipun bukan banyak sangat pakaian yg hendak dicuci,tapi kalau tidak dicuci tidak ada pulak pakaian yang hendak di pakai.
Kebanyakan penyewa disini orang Mexico,African American,India,Loas dan American.Apabila berjumpa mereka akan bertegur sapa dan bertanya kabar seperti orang Islam yang memberi salam(anehnya kita diMalaysia hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja).
Mengira duit syiling untuk laundry,sekali cuci 1.75 us dan untuk mengering pulak 1.55 usd.Kadang-kadang termasuk juga syiling msia.(selalu tak cukup duit ,terlupa untuk tukar syiling setiap kali ke kedai.

 Laluan ke tempat laundry dari hadapan leasing office.Manager apartment kami adalah orang Islam dari Mumbai.Tapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar sebab mereka terdiri dari golongan Islam yang hanya mengamalkan bahagian perayaan dan budaya sahaja.Dan saya difahamkan ada lebih kurang 2000 orang pengikut di sekitar Charlotte.Jadi pada bulan puasa tidak perlu puasa,sembahyang,zakat ,menunaikan haji dll.Tapi yang peliknya time raya,mereka akan menyambutnya.(macam-macam umat akhir zaman).Islam mereka setakat memberi salam saja apabila berjumpa.Macam ni pun ada.....

Sementara menunggu 45 minit habis cucian,semasa mengering biasanya kami akan balik dulu sebab mengering ambik masa selama 1.30minit.Jadi dalam masa 45 tu kami berposing atau memosing.Bukan ada orang yang nak sembang-sembang,semua berkurung dalam rumah.Kalau ada anak-anak kecik,kesian tengok sebab mereka hanya boleh lambai2 dari cermin tingkap sahaja.


Ini ialah pokok walnut.Dan ini ialah kacang walnut.Selalu kita tengok yang sudah kering dan boleh dimakan.Bila kita pecahkan kulitnya,isinya lembut dan berlemak.Jadi banyak tupai disekitar kawasan ni kerana ada banyak makanan untuk mereka.



Tupai pun pandai posing

Dibawah pokok-pokok besar akan diletakkan  serabut dari daun-daun kering,daun pokok pine untuk melembabkan tanah dan mungkin sebagai baja.Pemandangan begini memang akan kelihatan dibawah pokok-pokok diseluruh kawasan Charlotte(mungkin tempat lain juga)

1 comment: