Semua pemandu mengikut speed limit yang ditetapkan,tidak ada yang memecut atau memandu kurang dari 45 batu sejam kerana kalau kena saman memang tak berbaloi.
Kami bertolak pada pukul 11.00 pagi dan sampai lebih kurang pukul 3 petang. Charleston terletak di tepi laut dan banyak pulau-pulau kecil yang dihubungkan dengan jambatan.Jadi tidak hairan lah kalau disini kita akan melihat banyak jalan-jalan berselirat tinggi dan rendah kerana ianya merupakan jambatan yang menghubungkan pulau-pulau.Pulau-pulau kecil disini tidak kelihatan seperti pulau sangat kerana dikelilingi atau dipenuhi dengan rumput seperti jerami.(air tidak kelihatan,hanya nampak seperti lopak-lopak air yang besar)
Kami menginap di hotel Main Stay Suite yang mempunyai 2 bilik dan kitchenette yang menyediakan peralatan memasak yang lengkap.Seperti biasa saya membawa makanan yang siap dimasak(hanya perlu dipanaskan dalam microwave saja)Saya hanya menyediakan sarapan pagi sahaja walaupun pihak hotel ada menyediakan sarapan seperti pastri,buah-buahan dan pelbagai jenis roti.
Di Charleston, banyak pokok-pokok oak yang besar samada ditepi rumah atau ditepi-tepi jalan.Pokok pokok ini pula dipenuhi dengan spannish moses yang berjuntai menampakkan suasana redup,sayu dan menyeramkan.
Saya juga berpeluang melihat Angel oak yang merupakan salah satu tarikan pelancong di Charleston.Angel Oak Tree terletak di John's Island dengan ketinggian 65 kaki dan menaungi kawasan seluas 17000 kaki persegi.Pokok ini berusia 300-400 tahun dan merupakan salah satu pokok tertua yang masih hidup dan dilindungi.Bayangkan betapa kuat dan teguhnya pokok ini menahan perubahan cuaca panas,sejuk,salji dan angin ribut yang silih berganti.Alangkah baik sekiranya kita juga seteguh pokok oak ini menahan badai dan gelombang kehidupan yang silih berganti....
Sepanjang jalan yang redup
Tapi disini jarang kelihatan pak hitam walaupun saya difahamkan bilangan orang-orang kulit hitam disini adalah sangat ramai kerana mereka dibawa kesini untuk bekerja di pelabuhan dan ladang-ladang kapas yang banyak terdapat disini.
Ini ialah kapal yang membawa muatan besar seperti kapalterbang dan peralatan perang.Kita boleh melawat dalam kapal ini dengan bayaran sebanyak US17.00 seorang.
Kami juga dibawa melawat tempat-tempat menarik disini seperti The Battery Park yang dibuka kepada orang ramai dari tahun 1837 lagi.Ianya terletak disepanjang Sungai Ashley dan Sungai Cooper.Battery Park merupakan satu tarikan pelancung kerana kawasan ini terlibat secara langsung semasa perang saudara dan perang revolusi 1812.Malah semasa serangan lanun disini juga BatteryPark merupakan tempat dimana lanun yang dibunuh,digantung di pokok oak dan dibiarkan beberapa hari supaya dilihat oleh lanun-lanun lain dari laut.
Pada hari ini kita masih dapat melihat meriam-meriam yang diletakkan disepanjang waterfront hanya sebagai hiasan.
Gazebo yang terdapat disini juga merupakan tarikan kerana ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan disini kerana pemandangannya yang menarik.Disini jugak diletakkan beberapa buaian kayu yang digantung pada gazebo.
Keesokan harinya kami melawat ke Isle Of Palm dan Sullivan Island.Rumah-rumah dikawasan ini berbeza dari rumah Inggeris yang lain kerana kebanyakan rumah disini mempunyai tangga yang tinggi.Rumah-rumah ini juga kalau sekali pandang kelihatan seperti rumah di Malaysia.Jadi kalau sesiapa yang tinggal terlalu lama disini bolehlah datang melepas rindu....
Saya diberitahu rumah-rumah dikawasan ini sungguh tinggi harganya kerana kedudukan nya yang strategik dan berdekatan dengan laut.Pemandangan disini sangat cantik dan tenang.Bayangkan lah berapa orang yang tinggal dalam rumah sebesar ni.
Kemudahan unutk orang-orang tua dan orang kurang upaya
Menjelang tengahhari cuaca semakin sejuk.Tiupan angin yang kuat dari lautan Atlantik memaksa kami meninggalkan kawasan pantai lebih cepat.Dalam perjalanan pulang kami singgah melawat Charleston Southern University. Lawatan ke Charleston sungguh menarik walaupun banyak tempat yang tidak sempat dilawati.Terdetik dihati mungkinkah akan kesini lagi.....
No comments:
Post a Comment