Tuesday, 17 April 2012

Bunga

Bunga-bunga yang ditanam mengikut musim disini memang cantik.Bagi peminat bunga memang akan terpesona habis.Walaupun dalam cuaca sejuk bunga-bunga pelbagai warna tetap berkembang cantik contohnya bunga fenssy (entah betul ke tidak namanya....)Ada macam-macam warna seperti kuning,purple,putih dan pink.Bunga rendah sahaja semacam bunga penutup bumi,yang kelihatan hanya bunga-bunganya yang menawan.




Ini ialah bunga ros yang memang dah dikenali ramai....ada dalam pelbagai warna.





Bunga ni kira macam bunga tahi ayam kita la kalau di Malaysia. Tapi bunga ni lebih kecil dan selalunya ditanam dalam kumpulan yang banyak.



Wild Dune memang cantik.Gambar ini diambil dikawasan pantai di Charleston.Pokok ini seolah-olah melambai-lambai dalam kelembutannya.Ia juga ditanam di tepi-tepi jalan.Pokok ini juga adalah merupakan species yang dilindungi oleh kerajaan.(tak boleh diambik la tu kalau tak mau kena tangkap...)


Pokok bunga ini dinamakan krismas cactus kerana  hanya berbunga pada musim krismas sahaja.Bunganya cantik dihujung daun-daun yang keras (maklumlah cactus)


Nak kata bunga tak jugak nak kata daun pun bukan tapi tetap cantik dan boleh dibuat hiasan.Begitulah
indahnya ciptaan Allah,segalanya ada kelebihan dan kekurangan.Hanya kita yang perlu berfikir menilai.......

No comments:

Post a Comment