Saya juga berkesempatan pergi ke McArdenville dimana kebanyakan rumah-rumah sepanjang jalan dihias dengan cantik sekali bermula pertengahan Disember.Orang ramai datang dari jauh semata-mata untuk melihat light festival disini.Lampu-lampu mula terpasang sejak pukul 5.30 petang hingga pukul 9.30 malam.(Pukul 5.30 petang sudah gelap) Sudah tentu la banyak bil yang perlu dibayar sepanjag bulan Disember dan Januari.Light festival disini sudah bermula sejak 50 tahun yang lalu.
Saya juga berpeluang pergi Botanical garden yang terletak lebih kurang 23 batu dari apartment kami untuk melihat light festival disana.Bayaran yang dikenakan ialah US12.00 seorang.Kami pergi pada pukul 3.30 petang lagi kerana disamping lampu-lampu,disini juga terdapat banyak bunga-bunga yang bermacam jenis.Taman ini di bina oleh orang perseorangan dengan keluasan 300 ekar.Hanya sebahagian yang dijadikan taman bunga manakala sebahagian lagi dijadikan hutan simpan dengan pelbagai spesis burung serta berbagai jenis flora dan fauna untuk dipelajari.
Saya difahamkan pada musim bunga atau musim panas,semua kawasan dipenuhi dengan macam-macam jenis bunga-bunga kecil disepanjang jalan ini.(bunga ditanam mengikut musim ,ada bunga yang ditanam pada musim sejuk tapi sebab dah malam bunga-bunga tidak berkembang sangat)Tapi kerana kami pergi pada musim sejuk,pokok-pokok besar hanya tinggal rangka sahaja.Pokok-pokok ini seolah-olah merana membiarkan diri kekeringan dengan tidak mengambil air pada musim sejuk kerana air yang berlebihan akan menyebabkan pokok mati.Jadi pokok-pokok ini menyeksa diri sendiri untuk terus hidup.
Pokok krismas yang besar ini dihias dengan 300 jenis spesis bunga orkid..Mungkin tidak begitu cantik dalam gambar tetapi realitinya memang sungguh cantik.(gambar blur)
No comments:
Post a Comment