Hari ini kami makan turkey yang dibakar bersama rempah ratus seperti thyme,bay leaves dan celery selama 3-4 jam didalam ketuhar.(bahan-bahan untuk memasak terlupa plk saya menanya....)Biasanya turkey dimakan bersama-sama cranberry sos,mashed potato dan sayur-sayuran.Kami jugak dihidangkan dengan pecan pie,sweet potato pie dan pumpkin pie.
Saya diberitahu oleh Reggie seekor turkey boleh mencapai 12-15 lb tapi yang kami makan pada hari ini beratny
lebih kurang 8-9 lb.Kalau besar mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak
Terima kasih kepada Maliah kerana sudi menjemput kami untuk makan kerana kalau tidak, tak merasalah kami untuk makan turkey yang sedap masakannya.Saya difahamkan maliah memasak 2 ekor turkey pada hari tersebut.Sudah menjadi kebiasaan bagi orang Inggeris untuk merayakan thanksgiving dengan memanggang turkey.Saluran television juga sepanjang minggu sebelum perayaan thanksgiving sudah menunjukkan cara -cara memasak turkey dan masakan yang berkaitan dengannya malah disediakan talian khas untuk orang ramai bertanya mengenai kemungkinan masalah yang timbul apabila menyediakan masakan turkey. Pejabat-pejabat dan sekolah juga akan bercuti lebih panjang berbanding dengan perayaan krismas sendiri kerana thanksgiving merupakan permulaan kepada perayaan krismas yang sebenar.Pusat-pusat membelibelah juga akan tutup lebih awal kerana memberi kesempatan kepada pekerja untuk makan tengahhari atau makan malam bersama keluarga.Esoknya pula dikenali sebagai BlackFriday yang merupakan hari yang ditunggu oleh semua orang kerana semua pusat membeli belah akan mengadakan jualan murah secara besar-besaran bermula pada pukul 12 tengah malam hingga tengahhari.Ada juga kedai yang dibuka seawal pukul 10.malam untuk mengelakkan kesesakan seperti Walmart dan Target.Orang ramai beratur dalam kesejukan (kebetulan malam tu memang paling sejuk iaitu 30 darjah ferenheit)sejak awal lagi.Harga yang ditawarkan memang betul-betul murah.Bayangkan harga untuk sebuah tv 60 inci hanya US543 saja malah ada yang menawarkan tv 32 " US1 saja!
Saya juga tidak melepaskan peluang mengambil bahagian untuk memenuhkan pusat-pusat membeli belah disini.Mula-mula kami pergi ke Kolh's (dept store) pada pukul 11.00 malam.Orang ramai sudah berbaris sepanjang 200 meter diluar jadi kami pergi pula ke kedai barangan elektrik,keadaannya sama juga jadi kami mengambil keputusan untuk berbaris juga kerana kesemua kedai sama sahaja keadaannya dimana seolah-olah semua penduduk Charlotte bersedia untuk shopping pada malam tersebut.Apabila pintu kedai dibuka sahaja semua orang meluru masuk dan mendapatkan barang yang hendak dibeli dan masuk barisan untuk kaunter bayaran pula.(semua barangan telah diiklankan melalui suratkabar pada hari Rabu iaitu sehari sebelum thanksgiving)Tidak hairan lah pada tahun lepas ada orang meninggal kerana terpijak semasa berebut-rebut untuk masuk ke Walmart.Kebanyakkan semua barangan ada potongan harga sehingga melebihi 50% terutamanya barangan elektrik,kamera,mainan kanak-kanak dan barangan komputer.Pakaian dan aksesori juga tidak ketinggalan,pendek kata semua barangan mendapat perhatian...
Pada malam ini baru saya berpeluang melihat ramai orang dan anak-anak muda di pusat-pusat membeli-belah kerana pada hari biasa kita jarang dapat melihat anak-anak muda bersidai dipusat membeli belah atau di kaki-kaki lima kedai.(tidak seperti di Malaysia yang penuh dengan para remaja di pusat-pusat membeli belah)
Kami pulang pada pukul 6.00 pagi untuk sembahyang subuh.Mata semakin kecil kerana mengantuk.Selesai urusan kami lena sehingga pukul 10 pagi.Selepas sarapan misi mesti diteruskan.....walaupun tidak membeli tetapi seronok dan terhibur melihat banyak barangan yang cantik dan gelagat manusia dicelah-celah kehidupan......
No comments:
Post a Comment