Monday, 7 November 2011

Myrtle Beach

Kami berrtolak keMyrtle beach pada pukul 10.00 pagi selepas bersarapan dengan nasi goreng.Cuaca cerah walau pun agak sejuk.Semalam saya siap2 menyediakan rendang daging,sambal udang dan perencah  mee goreng untuk dibawa.
Dalam perjalanan kami singgah di McLoed Farm (ladang peach) untuk membeli sedikit buah-buahan dan makanan.saya membeli beberapa tongkol jagung untuk dibakar. Tapi sayangnya tidak ada lagi peach yang dijual kerana tidak dalam musimnya.



Disepanjang panjang perjalanan kami dapat melihat ladang peach, jagung, bunga matahari dan juga ladang pokok kapas yang luasnya saujana mata memandang.



                                                                   
                                                                                  ladang pokok peach


                                                           Pemandangan dari beranda hotel Bay View


Di Myrtle beach kami bermalam dihotel Bay View suite yang menyediakan dapur dan peralatan memasak.Hotel ini terletak berhadapan dengan laut.Pemandangan dari bilik sungguh cantik dan keadaan bilik juga sungguh selesa.
Selepas check in dan meletakkan barang dibilik kami keluar melawat tempat-tempat menarik di sini.
Tempat pertama yang kami lawati ialah Broadway at the beach.
Di kawasan ini terdapat Hard Rockcafe dan tempat entainment yang sangat luas.Disamping itu terdapat juga kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang dari kasut,pakaian,makanan dan kedai cenderahati.




Ikan-ikan yang terdapat dalam tasik.Sebelum ni saya selalu teringin nak makan ikan goreng tapi bila melihat ikan-ikan ini terasa kembang pulak tekak mungkin kerana ikan tersebut terlalu besar dengan mulut ternganga-nganga setiap kali terdengar orang lalu lalang diatas jambatan tersebut.

                                                  Bangunan terbalik merupakan salah satu tarikan pelancong.



                                                       Cuba tengok kaki dua orang perempuan ini, is it real?


Selepas meronda dikawasan Broadway dan melihat lampu-lampu disekitarnya kami juga sempat menyinggah di beberapa outlet dan membelibelah.Setelah kaki pun dah terlalu letih dan perut pun sudah memberi isyarat, kami pulang ke hotel untuk makan malam dan berehat kerana esok masih ada sehari lagi untuk berjalan......

2 comments:

  1. bestnyerr pergi melancong... mesti pemandangan dkt ladang pokok kapas tu cantik kan... hopefully dpt pergi one day.. falling in love to see the view :)

    ReplyDelete