Thursday, 29 September 2011

Perjalanan

Sepanjang perjalanan ke Niagara Fall, banyak pemandangan yang menarik yang dapat dilihat.Kami  singgah makan di Mc Donald.Tidak banyak pilihan yang ada,jadi kami  hanya makan Fries dan mocha coklat sahaja.Nasib baik sebelum bertolak dah sarapan dengan mufin dan teh tarik.(teh tarik uncang dari Msia)
Oleh kerana haloween akan disambut pada hujung bulan Oktober,banyak rumah-rumah yang telah dihias cantik untuk menyambut perayaan tersebut.Dikebanyakan rumah dihias dengan penyapu-penyapu yang berhias dengan jerami,scarecrow,labah-labah di pintu dan sesetengah rumah telah mula meletakkan labu dihalaman rumah masing-masing.
Pada waktu malam pula mereka akan memasang lilin dan meletakkan di tepi tingkap.Pemandangan ini sungguh cantik dengan rekabentuk rumah yang sungguh menarik.
Saya difahamkan persediaan menyambut haloween disediakan lebih awal kerana kawasan yang kami lalui adalah kawasan kedesaan Inggeris,di mana kalau dibandar-bandar perhiasan menyambut haloween hanya bermula pada awal atau pertengahan bulan Oktober.Di pasar raya dan pusat-pusat membeli belah jugak melambak dengan persediaan menyambut haloween dari cawan,gelas,langsir,paper cup,kasut dan segala-galanya.

Kami singgah untuk makan malam di satu kawasan lapang dimana banyak gerai-gerai yang menjual hasil ladang dan yang paling menarik perhatian saya ialah labu-labunya.
 Labu yang mengerutu dan mempunyai bentuk-bentuk yang aneh dan terdapat dalam berbagai warna putih,hijau dan kuning yang tidak terdapat diMalaysia.Begitu juga dengan saiznya yang sungguh besar dan mempunyai warna oren yang terang.

Bunga-bunga yang dijual mengikut musim,beli dan terus gantung di beranda rumah.Senang.Harganya lebih kurang US28 - US30.00Terdapat dalam berbagai warna.


Labu-labu yang besar ini bukan untuk dimakan,tetapi khusus untuk dibuat hiasan, ukiran dan diletakkan dihalaman rumah.


Cili-cili paprika yang segar,kalau ikutkan hati rasa macam nak beli dan bawak balik ke North Carolina kerana harganya yang murah dan sangat segar tetapi bila mengenangkan susah nak membawaknya dan pemeriksaan kastam yang ketat terpaksa dilupakan niat tersebut.


                                                                    Labu-labu yang berbentuk itik


Ditempat jualan jugak telah dihaiskan dengan cara yang sungguh menarik.Semua labu-labu disusun dengan teratur dan kemas


                       Oleh kerana terlampau banyak,tidak dapat membuat pilihan yang mana satu patut dibeli.Apa yang dipegang semua tak kena sebab kalau boleh semua pun nak dibeli.Begitulah sikap manusia,sekiranya diberi banyak pilihan akan keliru untuk membuat pilihan yang tepat.....














Sampai jumpa lagi.......

Wednesday, 28 September 2011

Kami check in hotel pukul 8.00 malam.Oleh kerana dah malam kami naik cab ke Flushing. Di Flushing kami menginap di hotel Comfort Inn dengan bayaran sebanyak US158 semalam.Dari Manhattan city ke Flushing mengambil masa 40 minit kalau dengan teksi tp bayaran yang dikenakan mengikut meter adalah US40.



Esoknya pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Thousand Island.Perjalanan selama 8 jam memang meletihkan.Kebetulan pulak migrain.Walaubagaimana bas berhenti di beberapa tempat untuk makan dan rehat.Thousand Island merupakan tempat tarikan pelancong antarabangsa.Ianya  terletak dikedua-dua belah sempadan Canada dan United State  iaitu disepanjang sungai St Lawrence dan Great Lake Ontario.Pulau ini mendapat nama dari 1000 pulau yang terdapat disini dan digelar 'Garden of the great spirit" kerana keindahannya pemandangannya.

Pelabuhan tempat permulaan cruise

Kami dibawa menaiki cruise mengelilingi pulau-pulau selama 2 jam.Bayaran yang dikenakan adalah US20 (bukan free tau,semua berbayar..)

 Satu pulau yang kecil untuk sebuah rumah yang besar.Kadang-kadang terfikir jugak apalah yang nak dibuat rumah yang begitu besar tetapi penghuninya hanya ada dua atau paling ramai tiga orang.(biasa la mat saleh ni bukan ada anak ramai)sedangkan ada orang yang rumahnya sempit terpaksa hidup berhimpit-himpit.
















Walaupun keletihan dan sakit kepala,posing tetap posing













Cantik kan pemandangannya!Cuba kita bayangkan berani ke kita nak hidup sorang-sorang kat atas pulau tu,walaupun berdekatan tapi tetap berjauhan...

Monday, 26 September 2011

New York

Kami tiba dibandar New York pukul 12.00 tengahari dengan penerbangan US Airways.Perjalanan dari Charlotte ke La Guardia airport mengambil masa 1jam 45 minit.Dari airport kami ambil shuttle ke bandar Manhattan.(bayaran 27 US untuk dua orang).Sampai di sana kami ambil tour bas pusing bandar New York.Di sepanjang perjalanan ada  banyak gerai-gerai yang menjual makanan Mexican,Spannish dan yang paling penting makanan halal yang dijual oleh orang-orang timur tengah.Oleh kerana kami belum check in hotel lagi,terpaksalah kami heret beg-beg yang berat ini kemana-mana kami pergi.Pemandangan orang mengheret beg-beg besar ini memang biasa di New York kerana kebanyakan mereka adalah pelancong.

Ini lah tour bas yang kami naik hari pertama tiba di bandaraya New York.Tambangnya 39US seorang untuk masa 48 jam.Tapi kami hanya naik untuk sehari sahaja kerana esoknya kami bertolak keNiagara Fall.

 Ini adalah simbol kekuatan ekonomi Amerika- World Trade Centre.Kelihatan beberapa orang polis mengawal ketat kawasan tersebut selepas peristiwa 11 September.


Kawasan membeli belah yang menempatkan butik-butik berjenama seperti Michael Kors,Gucci,Prada,Versace  dan pelbagai jenama yang susah lidah menyebutnya,apatah lagi nak membeli tentu lah lebih-lebih susahnya.


Maskot-maskot begini memang banyak terdapat di bandaraya New York.Berbagai cara manusia mencari  
rezeki asalkan ada daya, usaha dan kreativiti.Bayaran minima yang dikenakan adalah 1.50US.



                  Bangunan-bangunan pencakar langit yang terdapat diNewYork.Setengahnya sampai sakit leher nak melihat ke puncak. Bagaimana tingginya bangunan-bangunan yang terdapat disini begitulah juga kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh penduduk New York.


 Kelihatan dari jauh Statue of Liberty yang dihadiahkan oleh kerajaan Perancis sebagai tanda persahabatan kepada kerajaan US.Ianya menjadi simbol kebebasan dan demokrasi rakyat Amerika sejak 1924.Kami tidak bersempatan untuk melihat Statue Of Liberty dari dekat kerana kesuntukan masa.


      Cruise untuk ke Pulau Liberty yang terletak di Battery Park.Kami hanya sampai di Battery Park sahaja.

                                   Polis NYPD pun menjadi sasaran bergambar.Kenang-kenangan......


                                                                     Jambatan  Brooklyn
          Begitulah New York bandaraya yang paling moden, sentiasa sibuk  dan penuh dengan cerita.Sampai jumpa lagi.....

Thursday, 15 September 2011

Chateu Villa

Lama-lama rasa makin malas nak tulis blog ni, bukan apa kerana tidak ada cerita menarik untuk ditulis.Beberapa patah perkataan ditaip akhirnya terhenti separuh jalan.
Setiap hari perkara yang sama dilalui dan tak banyak perkara baru yang dilalui,mungkin letih kerana berpuasa.Setiap hari jumaat atau sabtu kami p laundry berhampiran dengan Chateua Villa, kira-kira 5 min dari apartment kami.Biasanya bila hari  tidak begitu panas.Lagipun bukan banyak sangat pakaian yg hendak dicuci,tapi kalau tidak dicuci tidak ada pulak pakaian yang hendak di pakai.
Kebanyakan penyewa disini orang Mexico,African American,India,Loas dan American.Apabila berjumpa mereka akan bertegur sapa dan bertanya kabar seperti orang Islam yang memberi salam(anehnya kita diMalaysia hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja).
Mengira duit syiling untuk laundry,sekali cuci 1.75 us dan untuk mengering pulak 1.55 usd.Kadang-kadang termasuk juga syiling msia.(selalu tak cukup duit ,terlupa untuk tukar syiling setiap kali ke kedai.

 Laluan ke tempat laundry dari hadapan leasing office.Manager apartment kami adalah orang Islam dari Mumbai.Tapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar sebab mereka terdiri dari golongan Islam yang hanya mengamalkan bahagian perayaan dan budaya sahaja.Dan saya difahamkan ada lebih kurang 2000 orang pengikut di sekitar Charlotte.Jadi pada bulan puasa tidak perlu puasa,sembahyang,zakat ,menunaikan haji dll.Tapi yang peliknya time raya,mereka akan menyambutnya.(macam-macam umat akhir zaman).Islam mereka setakat memberi salam saja apabila berjumpa.Macam ni pun ada.....

Sementara menunggu 45 minit habis cucian,semasa mengering biasanya kami akan balik dulu sebab mengering ambik masa selama 1.30minit.Jadi dalam masa 45 tu kami berposing atau memosing.Bukan ada orang yang nak sembang-sembang,semua berkurung dalam rumah.Kalau ada anak-anak kecik,kesian tengok sebab mereka hanya boleh lambai2 dari cermin tingkap sahaja.


Ini ialah pokok walnut.Dan ini ialah kacang walnut.Selalu kita tengok yang sudah kering dan boleh dimakan.Bila kita pecahkan kulitnya,isinya lembut dan berlemak.Jadi banyak tupai disekitar kawasan ni kerana ada banyak makanan untuk mereka.



Tupai pun pandai posing

Dibawah pokok-pokok besar akan diletakkan  serabut dari daun-daun kering,daun pokok pine untuk melembabkan tanah dan mungkin sebagai baja.Pemandangan begini memang akan kelihatan dibawah pokok-pokok diseluruh kawasan Charlotte(mungkin tempat lain juga)