Selepas sembahyang kami ke masjid MASS untuk minum pagi dan tengahhari.(sebelum kemasjid kami dah makan nasi himpit dan kuah kacang sebagai alas perut.)Tidak ramai yang hadir untuk jamuan berbanding dengan tahun lepas.
I
Keadaan di Charlotte Convention Center selepas sembahyang sunat hari raya.Bergambar bersama imam Yahya bersama anaknya.Imam Yahya ialah imam masjid MASS.Beliau ialah orang Inggeris American yang memeluk Islam 10 tahun yang lalu.
Menjamu selera di dewan masjid
Pada sebelah petangnya kami dijemput sekali lagi kerumah Prof Kok Mun untuk minum petang bersama sama Tahsin dan isteri.Kami pergi dengan kereta Tahsin.Saya membawa makaroni bakar yang memang terbakar kerana terlalu lama didalam oven.Kerana ralit bersembang dengan seorang kawan yang bertandang sehingga terlupa tentang makaroni,akibatnya makaroni saya kering kontang....
Myron isteri Kok Mun menyediakan tuna cressant, bingka ubi kayu,biskut dan buah-buahan.Sheena membawa gullaj.Kami juga dijamu dengan berbagai jenis teh yang disediakan oleh Myron dan Kok Mun seperti teh jasmin,teh hijau dan teh cina tanpa gula.
Myron seorang yang peramah dan pandai menghidupkan suasana menjadikan majlis sungguh mesra dan meriah.
Kami juga mengambil kesempatan untuk bergambar bersama dirumah Kok Mun sebelum berjalan -jalan disekitar kawasan kejiranan mereka.
Kawasan kejiranan rumah Kok Mun malah dimana-mana pun disini keadaan sungguh lenggang,sunyi dan tenang.Tidak kelihatan jiran-jiran diluar rumah malah kelibat kanak-kanak pun tidak kelihatan langsung.Kesan-kesan holoween masih kelihatan ditepi-tepi jalan mungkin sehingga thansgiving.
Kebanyakan pokok-pokok telah bertukar warna,ada yang berwarna merah dan kuning.Namun begitu ada juga pokok yang memang tidak bertukar warna langsung sehingga semua daunnya gugur.
Tahsin terpaksa pulang lebih awal kerana masih ada undangan untuk dihadiri jadi KokMun dan Myron menghantar kami pulang sebelum waktu asar berakhir....