Friday, 16 December 2011

Charleston

Cuaca tidak begitu sejuk tapi tetap kena pakai baju tebal.Saya bercadang untuk pergi ke Boone tempat main ski tapi esoknya rancangan bertukar.Kami tak jadi keBoone tapi bertolak ke Charleston yang jauhnya 4 jam perjalanan dari apartment kami di Charlotte.Jalan raya disini kebanyakkan lurus sehingga kita boleh melihat kenderaan dari jarak beberapa ratus meter dihadapan.Speed limit pula berubah-ubah dari 55- 65 batu sejam.
Semua pemandu mengikut speed limit yang ditetapkan,tidak ada yang memecut atau memandu kurang dari 45 batu sejam kerana kalau kena saman memang tak berbaloi.


Kami bertolak pada pukul 11.00 pagi dan sampai lebih kurang pukul 3 petang. Charleston terletak di tepi laut dan banyak pulau-pulau kecil yang dihubungkan dengan jambatan.Jadi tidak hairan lah kalau disini kita akan melihat banyak jalan-jalan berselirat tinggi dan rendah kerana ianya merupakan jambatan yang menghubungkan pulau-pulau.Pulau-pulau kecil disini tidak kelihatan seperti pulau sangat kerana dikelilingi atau dipenuhi dengan rumput seperti jerami.(air tidak kelihatan,hanya nampak seperti lopak-lopak air yang besar)


Kami menginap di hotel Main Stay Suite yang mempunyai 2 bilik dan kitchenette yang menyediakan peralatan memasak yang lengkap.Seperti biasa saya membawa makanan yang siap dimasak(hanya perlu dipanaskan dalam microwave saja)Saya hanya menyediakan sarapan pagi sahaja walaupun pihak hotel ada menyediakan sarapan seperti pastri,buah-buahan dan pelbagai jenis roti.



Di Charleston, banyak pokok-pokok oak yang besar samada ditepi rumah atau ditepi-tepi jalan.Pokok pokok ini pula dipenuhi dengan spannish moses yang berjuntai menampakkan suasana redup,sayu dan menyeramkan.
Saya juga berpeluang melihat Angel oak yang merupakan salah satu tarikan pelancong di Charleston.Angel Oak Tree terletak di John's Island dengan ketinggian 65 kaki  dan menaungi kawasan seluas 17000 kaki persegi.Pokok ini berusia 300-400 tahun dan merupakan salah satu pokok tertua yang masih hidup dan dilindungi.Bayangkan betapa kuat dan teguhnya pokok  ini menahan perubahan cuaca panas,sejuk,salji dan angin  ribut yang silih berganti.Alangkah baik sekiranya kita juga seteguh pokok oak ini menahan badai dan gelombang kehidupan yang silih berganti....


                                                          Sepanjang jalan yang redup




  Tapi disini jarang kelihatan pak hitam  walaupun saya difahamkan bilangan orang-orang kulit hitam  disini adalah sangat  ramai kerana mereka dibawa kesini untuk bekerja di pelabuhan dan ladang-ladang kapas yang banyak terdapat disini.



Ini ialah kapal yang membawa muatan besar seperti kapalterbang dan peralatan perang.Kita boleh melawat dalam kapal ini dengan bayaran sebanyak US17.00 seorang.





Kami juga dibawa melawat tempat-tempat menarik disini seperti The Battery Park yang dibuka kepada orang ramai dari tahun 1837 lagi.Ianya terletak disepanjang Sungai Ashley dan Sungai Cooper.Battery Park  merupakan satu tarikan pelancung kerana kawasan ini terlibat secara langsung semasa perang saudara dan perang revolusi 1812.Malah semasa serangan lanun disini juga BatteryPark merupakan tempat dimana lanun yang dibunuh,digantung di pokok oak dan dibiarkan beberapa hari supaya dilihat oleh lanun-lanun lain  dari laut.
Pada hari ini kita masih dapat melihat meriam-meriam yang diletakkan disepanjang waterfront hanya sebagai hiasan.


Gazebo yang terdapat disini juga merupakan tarikan kerana ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan disini kerana pemandangannya yang menarik.Disini jugak diletakkan beberapa buaian kayu yang digantung pada gazebo.





Wednesday, 14 December 2011

Sambutan sebelum krismas

Selepas thanksgiving,merupakan permulaan sambutan perayaan krismas kerana selepas thanksgiving orang ramai mula membeli pokok krismas dan menghiasnya dengan cantik sekali.Rumah-rumah akan dihias cantik dengan pelbagai hiasan bertemakan krismas dan dipenuhi dengan lampu-lampu yang gemerlapan.Rumah-rumah ini akan dihias cantik sehingga sambutan tahun baru.
Saya juga berkesempatan pergi ke McArdenville dimana kebanyakan rumah-rumah sepanjang jalan dihias dengan cantik sekali bermula pertengahan  Disember.Orang ramai datang dari jauh semata-mata untuk melihat light festival disini.Lampu-lampu mula terpasang sejak pukul 5.30 petang hingga pukul 9.30 malam.(Pukul 5.30 petang sudah gelap) Sudah tentu la banyak bil yang perlu dibayar sepanjag bulan Disember dan Januari.Light festival disini sudah bermula sejak 50 tahun yang lalu.






Dimana-mana kita pergi lampu-lampu yang berbagai bentuk dan warna akan bersinar seolah-olah bintang yang bercahaya dimalam yang gelap.Dihadapan rumah dihiaskan dengan bunga-bunga berlampu,rusa,santa ,bintang dan macam-macam lagi malah sesetengah rumah kelihatan seperti icing kek yang dihias.

Saya juga berpeluang pergi Botanical garden yang terletak lebih kurang 23 batu dari apartment kami untuk melihat light festival disana.Bayaran yang dikenakan ialah US12.00 seorang.Kami pergi pada pukul 3.30 petang lagi kerana disamping lampu-lampu,disini juga terdapat banyak bunga-bunga yang bermacam jenis.Taman ini di bina oleh orang perseorangan dengan keluasan 300 ekar.Hanya sebahagian yang dijadikan taman bunga manakala sebahagian lagi dijadikan hutan simpan dengan pelbagai spesis burung serta berbagai jenis flora dan fauna untuk dipelajari.


Saya difahamkan pada musim bunga atau musim panas,semua kawasan dipenuhi dengan macam-macam jenis bunga-bunga  kecil disepanjang jalan  ini.(bunga ditanam mengikut musim ,ada bunga yang ditanam pada musim sejuk tapi sebab dah malam bunga-bunga tidak berkembang sangat)Tapi kerana kami pergi pada musim sejuk,pokok-pokok besar hanya tinggal rangka sahaja.Pokok-pokok ini seolah-olah merana membiarkan diri kekeringan dengan tidak mengambil air pada musim sejuk kerana  air yang berlebihan akan menyebabkan pokok mati.Jadi pokok-pokok ini menyeksa diri sendiri untuk terus hidup.


Pokok krismas yang besar ini dihias dengan 300 jenis spesis bunga orkid..Mungkin tidak begitu cantik dalam gambar tetapi realitinya memang sungguh cantik.(gambar blur)












Bayangkan setiap batang pokok dililit dengan lampu-lampu yang berwarna-warni.Ramai juga orang yang berkunjung kesini.Kebanyakkannya membawa anak-anak dan ahli keluarga untuk menikmati keindahan suasana malam.Ada kereta kuda dan keretapi mengelilingi taman yang luas.

Tuesday, 6 December 2011

Thanksgiving

Saya berkesempatan  makan turkey panggang sempena thanksgiving dirumah seorang teman yang berkahwin dengan warga Amerika.Sudah tentu ini merupakan pengalaman pertama bagi saya dan suami.Saya masih ingat pengalaman semasa  zaman remaja dulu kami selalu makan turkey kerana dirumah kami banyak membela ayam turki  yang kami panggil ayam belanda.Selalunya kami makan turkey tapi bukan yang dipanggang tapi yang dimasak kari atau kerutup.Turkey yang kami makan semasa dulu rupanya dikenali sebagai wild turkey disini kerana turkey yang dibela disini berwarna putih.
Hari ini kami makan turkey yang dibakar bersama rempah ratus seperti thyme,bay leaves dan celery selama 3-4 jam didalam ketuhar.(bahan-bahan untuk memasak terlupa plk saya menanya....)Biasanya turkey dimakan bersama-sama cranberry sos,mashed potato dan sayur-sayuran.Kami jugak dihidangkan dengan pecan pie,sweet potato pie dan pumpkin pie.


Saya diberitahu oleh Reggie seekor turkey boleh mencapai 12-15 lb tapi yang kami makan pada hari ini beratny
lebih kurang 8-9 lb.Kalau besar mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak

                     






 


Terima kasih kepada Maliah kerana sudi menjemput kami untuk makan kerana kalau tidak, tak merasalah kami untuk makan turkey yang sedap masakannya.Saya difahamkan maliah memasak 2 ekor turkey pada hari tersebut.Sudah menjadi kebiasaan bagi orang Inggeris untuk merayakan thanksgiving dengan memanggang turkey.Saluran television juga sepanjang minggu sebelum perayaan thanksgiving sudah menunjukkan cara -cara memasak turkey dan masakan yang berkaitan dengannya malah disediakan talian khas untuk orang ramai bertanya mengenai kemungkinan masalah yang timbul apabila menyediakan masakan turkey.                      Pejabat-pejabat dan sekolah juga akan bercuti lebih panjang berbanding dengan perayaan krismas sendiri kerana thanksgiving merupakan permulaan kepada perayaan krismas yang sebenar.Pusat-pusat membelibelah juga akan tutup lebih awal kerana memberi kesempatan kepada pekerja untuk makan tengahhari atau makan malam bersama keluarga.Esoknya pula dikenali sebagai BlackFriday yang merupakan hari yang ditunggu oleh semua orang kerana semua pusat membeli belah akan mengadakan jualan murah secara besar-besaran bermula pada pukul 12 tengah malam hingga tengahhari.Ada juga kedai yang dibuka seawal pukul 10.malam untuk mengelakkan kesesakan seperti Walmart dan Target.Orang ramai beratur dalam kesejukan (kebetulan malam tu memang paling sejuk iaitu 30 darjah ferenheit)sejak awal lagi.Harga yang ditawarkan memang betul-betul murah.Bayangkan harga untuk sebuah tv 60 inci hanya US543 saja malah ada yang menawarkan tv 32 " US1 saja!

Saya juga tidak melepaskan peluang  mengambil bahagian untuk memenuhkan pusat-pusat membeli belah disini.Mula-mula kami pergi ke Kolh's (dept store) pada pukul 11.00 malam.Orang ramai sudah berbaris sepanjang 200 meter diluar jadi kami pergi pula ke kedai barangan elektrik,keadaannya sama juga jadi kami mengambil keputusan untuk berbaris juga kerana kesemua kedai sama sahaja keadaannya dimana seolah-olah  semua penduduk Charlotte bersedia untuk shopping pada malam tersebut.Apabila pintu kedai dibuka sahaja semua orang meluru masuk dan mendapatkan barang yang hendak dibeli dan masuk barisan untuk kaunter bayaran pula.(semua barangan telah diiklankan melalui suratkabar pada hari Rabu iaitu sehari sebelum thanksgiving)Tidak hairan lah pada tahun lepas ada orang meninggal kerana terpijak semasa berebut-rebut untuk masuk ke Walmart.Kebanyakkan semua barangan ada potongan harga sehingga melebihi 50% terutamanya barangan elektrik,kamera,mainan kanak-kanak dan barangan komputer.Pakaian dan aksesori  juga tidak ketinggalan,pendek kata semua barangan mendapat perhatian...
Pada malam ini baru saya berpeluang melihat ramai orang dan anak-anak muda di pusat-pusat membeli-belah kerana pada hari biasa kita jarang dapat melihat anak-anak muda bersidai dipusat membeli belah atau di kaki-kaki lima kedai.(tidak seperti di Malaysia yang penuh dengan para remaja di pusat-pusat membeli belah)

Kami pulang pada pukul 6.00 pagi untuk sembahyang subuh.Mata semakin kecil kerana mengantuk.Selesai urusan kami lena sehingga pukul 10 pagi.Selepas sarapan misi mesti diteruskan.....walaupun tidak membeli tetapi seronok dan terhibur melihat banyak barangan yang cantik dan gelagat manusia dicelah-celah kehidupan......


Monday, 28 November 2011

Hari raya Aidil Adha

Seperti hari raya puasa,kami bersembahyang raya di Charlotte Convention Center.Semua kariah masjid sekitar kawasan  sini bersembahyang disini.Tapi saya difahamkan orang-orang turki bersembahyang dimasjid mereka sendiri.Kali ini lebih ramai yang hadir berbanding pada hari raya puasa mungkin kerana hari raya jatuh pada hari Ahad.Jadi lebih ramai yang berkesempatan untuk berkumpul disini kerana cuti.
Selepas sembahyang kami ke masjid MASS untuk minum pagi dan tengahhari.(sebelum kemasjid kami dah makan  nasi himpit dan kuah kacang sebagai alas perut.)Tidak ramai yang hadir untuk jamuan berbanding dengan tahun lepas.
 I
Keadaan di Charlotte Convention Center selepas sembahyang sunat hari raya.Bergambar bersama imam Yahya bersama anaknya.Imam Yahya ialah imam masjid MASS.Beliau ialah orang Inggeris American yang memeluk Islam 10 tahun yang lalu.


                                                        Menjamu selera di dewan masjid

Pada sebelah petangnya kami dijemput sekali lagi kerumah Prof Kok Mun untuk minum petang bersama sama Tahsin dan isteri.Kami pergi dengan kereta Tahsin.Saya membawa makaroni bakar yang memang terbakar kerana terlalu lama didalam oven.Kerana ralit bersembang dengan seorang kawan yang bertandang sehingga terlupa tentang makaroni,akibatnya makaroni saya kering kontang....
Myron isteri Kok Mun menyediakan tuna cressant, bingka ubi kayu,biskut dan  buah-buahan.Sheena membawa gullaj.Kami juga dijamu dengan berbagai jenis teh yang disediakan oleh Myron dan Kok Mun seperti teh jasmin,teh hijau dan teh cina tanpa gula.
Myron seorang yang peramah dan pandai menghidupkan suasana menjadikan majlis sungguh mesra dan meriah.






Kami juga mengambil kesempatan untuk bergambar bersama dirumah Kok Mun sebelum berjalan -jalan disekitar kawasan kejiranan mereka.


Kawasan kejiranan rumah Kok Mun malah dimana-mana pun disini keadaan sungguh lenggang,sunyi dan tenang.Tidak kelihatan jiran-jiran diluar rumah malah kelibat kanak-kanak pun  tidak kelihatan langsung.Kesan-kesan holoween masih kelihatan ditepi-tepi jalan mungkin sehingga thansgiving.



                                    Bersama jiran yang membawa anjing bersiar-siar diwaktu petang

    Kebanyakan pokok-pokok telah bertukar warna,ada yang berwarna merah dan kuning.Namun begitu ada juga pokok yang memang tidak bertukar warna langsung sehingga semua daunnya gugur.



Tahsin terpaksa pulang lebih awal kerana masih ada undangan untuk dihadiri jadi KokMun dan Myron menghantar kami pulang sebelum waktu asar berakhir....