Sepanjang perjalanan hujan memang tak berhenti langsung.Air mula memlimpahi tebing malah ada yang dah melimpah sampai ke jalan raya.dalam hati saya tak putus-putus mita di permudahkan perjalanan kami maklumlah bukan senang pulak nak kemari lagi.....
Sesampai di Vienna,dengan meredah hujan kami check-in hotel yang terletak lebih kurang 200 meter dari stesen keretapi.Hasrat untuk melawat istana terpaksa dibatalkan kerana dengan 1 payung yang saya bawa dari Malaysia tentu la mustahil untuk meredah hujan yang lebat.Kami pun pusing sekitar hotel tapi malangnya semua kedai tutup kerana hari Ahad!Sudahnya balikhotel masak nasi,panaskan lauk2,selepas makan kami tidur kekenyangan. (kami sewa hotel yang ada tempat memasak,bilik berasingan.Sangat selesa)
Di Vienna,hanya inilah saja kenangan yang ada kerana esoknya pagi-pagi lagi kami dah berangkut ke stesen keretapi untuk ke Salzburg.Distesen keretapi Vienna ramai orang Islam yang kami temui tapi yang menyedihkan dalam dia dok sembang elok-elok,bila jumpa kita yang Islam ni terus hulur tangan minta sedekah....
Pemandangan dari Vienna ke Salzburg sunguh cantik.Pada saya Salzburg juga adalah bandar yang sangat cantik.Hotel kami di Salzburg sederhana saja tapi tuan punya hotel ini sangat baik dan peramah.Selepas makan dan solat,kami ambik tour pusing bandar.Hujan masih tidak berenti.Aduh.....
No comments:
Post a Comment