Ini lah bandar Fanfurt (dari atas bas saja kerana kami tak turun pun di mana-mana destinasi )

Flight ke Prague pukul 7.00 malam. Di Prague,saya telah boking teksi melalui internet dengan harga 24 euro untuk sebuah kereta.Walau pun agak mahal tapi lebih selamat.Banyak sangat cerita pasal driver teksi yang merompak dan macam2 cerita buat saya pikir banyak kali untuk naik teksi.
Prague adalah sebuah bandar yang sangat cantik.Memang semua tempat adalah untuk pelancong.Kami duduk di hotel yang berdekatan dengan Charles bridge,jadi kami hanya berjalan kaki sahaja dikawasan yang berdekatan
Pemandangan dari hotel budget tempat kami menginap selama 3 malam.Hotel ini agak selesa dan selamat.Dan yang paling baik ada dapur untuk memasak.Faham2 sajalah orang kampung ni kalau tak dapat makan nasi ,lembut lutut nak berjalan....
Begini lah jalan-jalan yang terdapat di bandar Prague.Di sepanjang jalan ni banyak kedai2 yang menjual pelbagai jenis cenderahati untuk dibawa pulang.(kami tak beli pun kerana banyak tempat lagi untuk pergi,tak larat nak heret bag yang sarat dengan barang-barang dan makanan)
Cukup lah sekadar membeli fridge magnet sebagai kenang-kenangan dan ole-ole.

Sepanjang jambatan ini penuh dengan pelancong dan penjual cenderahati dan pelukis jalanan.Pendek kata memang happening sangat.Tapi kena berhati-hati kerana ramai penyeluk saku pun nak tunjuk skill jugak disini....
Kebetulan masa kami pegi tu musim buah-buahan,terutama buah stawberi,peach dan cherri.Bayangkan sekilo strawberri hanya 1 euro...maklumlah musim panas baru bermula.Tapi walau pun musim panas,sejuknya mengalahkan musim sejuk.Jadi tak dapat lah nak berlagak panas,terpaksalah kami memakai baju yang tebal jugak..Saya di fahamkan sebelum kami sampai di Prague tu hujan setiap hari,kata pemandu teksi yang peramah tu harap2 kami membawa sedikit matahari dari Malaysia.Tapi alhamdulilah sepanjang di Prague langit sentiasa cerah.
Ini ialah jam astronomi yang dibina beratus-ratus tahun yang lalu.Ramai orang yang berkumpul untuk melihat setiap jam ini.Setiap kali jam ini berdenting akan keluar patung-patung dari jam tersebut.Memang sangat menarik,bayangkan sejak beratus-ratus tahun dulu lagi.
Di Prague banyak terdapat patung-patung witch yang dijual dikedai-kedai disepanjang jalan,kerana tidak dapat menahan rasa ingin tahu saya bertanya kepada penjual kenapa banyak witch diPrague,jawapannya ialah kerana banyak istana-istana lama di Prague dengan pelbagai mitos dan kisah-kisah yang berkaitan dengannya.Jadi Prague adalah sinonim dengan kehadiran ahli-ahli sihir pada masa itu.
Pada hari kami meninggalkan Prague,hujan turun dengan lebatnya dan Prague telah dilanda banjir yang teruk hingga menenggelamkan seluruh bandar Prague yang terletak di tepi sungai.....syukur alhamdulillah semasa Prague banjir,kami telah pun selamat sampai di Vienna.Tapi sepanjang perjalanan dengan keretapi kami dapt melihat air sungai telah memenuhi tebing....








No comments:
Post a Comment