Sunday, 15 September 2013

Salzburg


                  Selepas sarapan pagi dengan roti dan telur di hotel, kami bersiap-siap untuk lawatan ke Hallstard.Saya membawa bekal sandwich tuna untuk makan tengahari nanti.Kami ambik small group tour  sebab perjalanan ke Hallstard agak jauh dan mahal.Harga pakej dalam RM1300 untuk kami bertiga.Walaupun agak mahal tapi rasanya berbaloi dengan apa yang kami dapat. Dalam perjalanan ke Hallstard,banyak tempat yang kami singgah antaranya rumah Mozart dan museum nya,istana-istana lama,St Wolfgang dan beberapa tempat menarik lagi.Perjalanan melalui kawasan perkampungan ini sungguh mendamaikan,mungkin sebab cuacanya yang berkabus dan rasanya seperti dalam aircond sepanjang masa.(kadang-kadang rasa macam peti sejuk.....)




              Kami juga singgah di istana Schloss hellbrunn yang cantik dengan taman yang luas.










Sepanjang perjalanan pemandangan sangat cantik.Hallstard terletak agak jauh dari hotel yang kami sewa tapi masih dalam area Austria.Bandar Hallstard telah di jadikan World Unesco herritage.Bandar ini telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu sebagai salt mining yang pertama.


Dalam perjalanan ini juga kami sempat singgah di St Wolfgang yang mempunyai sejarah nya yang tersendiri.Disini kami membeli sedikit cendehati sebagai kenang-kenangan.



Ini lah bandar Hallstard yang terletak di tepi tasik dan di pinggir bukit dimana terletaknya lombong garam.(ada kereta kabel untuk ke lombong garam)Oleh kerana hari gelap saja macam nak hujan kami hanya sampai di bandar Hallstard saja.Selepas mengambil beberapa keping gambar,hujan turun dengan lebatnya yang memaksa kami membeli satu lagi payung dengan harga 10 euro!











                        Kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderahati disepanjang jalan di Hallstard.

 

Dalam perjalanan balik ke hotel,kami singgah di bandar yang sangat cantik.Dua orang pelancong dari USA yang bersama kami mengambil kesempatan untuk melawat gereja kecil yang kebetulan ada majlis perkahwinan sedang berlangsung.Kami pula ambil kesempatan untuk minum kopi di sebuah cafe yang cantik.


Perjalanan yang panjang tetapi tidak membosankan kerana pemandu kami pandai bercerita dan kebetulan pula beliau pernah beberapa kali datang ke Malaysia.Kami sampai ke hotel lebih kurang pukul 6 petang.Selepas masak dan makan kami berehat untuk perjalanan seterusnya pada keesokkan harinya.Kami tidak keluar pada waktu malam kerana rasa kurang selamat tambahan pula hujan tidak berhenti-henti hingga ke pagi

.

Tuesday, 27 August 2013

vienna,Salzburg

Pada hari kami meninggalkan Prague,hujan turundengan lebatnya.Kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke stesen keretapi dengan tambang 20 euro.Kalau nak pegi dengan bas,bayangkan lah dengan 3 beg besar gedabak tu....

Sepanjang perjalanan hujan memang tak berhenti langsung.Air mula memlimpahi tebing malah ada yang dah melimpah sampai ke jalan raya.dalam hati saya tak putus-putus mita di permudahkan perjalanan kami maklumlah bukan senang pulak nak kemari lagi.....

Sesampai di Vienna,dengan meredah hujan kami check-in hotel yang terletak lebih kurang 200 meter dari stesen keretapi.Hasrat untuk melawat istana terpaksa dibatalkan kerana dengan 1 payung yang saya bawa dari Malaysia tentu la mustahil untuk meredah hujan yang lebat.Kami pun pusing sekitar hotel tapi malangnya semua kedai tutup kerana hari Ahad!Sudahnya balikhotel masak nasi,panaskan lauk2,selepas makan kami tidur kekenyangan. (kami  sewa hotel yang ada tempat memasak,bilik berasingan.Sangat selesa)



Di Vienna,hanya inilah saja kenangan yang ada kerana esoknya pagi-pagi lagi kami dah berangkut ke stesen keretapi untuk ke Salzburg.Distesen keretapi Vienna ramai orang Islam yang kami temui tapi yang menyedihkan dalam dia dok sembang elok-elok,bila jumpa kita yang Islam ni terus hulur tangan minta sedekah....

Pemandangan dari Vienna ke Salzburg sunguh cantik.Pada saya  Salzburg juga adalah bandar yang sangat cantik.Hotel kami di Salzburg sederhana saja tapi tuan punya hotel ini sangat baik dan peramah.Selepas makan dan solat,kami ambik tour pusing bandar.Hujan masih tidak berenti.Aduh.....




Monday, 12 August 2013

Eastern europe - Frankfurt dan Prague

Alhamdulillah bulan Jun  2013 dapat jugak menjejakkan kaki di europe (Germany,Austria dan Chech republik).Kami bertolak dengan Mas ke Frankfurt pada 26 Mei.Seawal 7.00 pagi sampai di Frankfurt, kami check in bag untuk flight ke Prague dulu kemudian kami ronda2 bandar Frankfurt dengan bas.


Ini lah bandar Fanfurt (dari atas bas saja kerana kami tak turun pun di mana-mana destinasi )



         Flight ke Prague pukul 7.00 malam. Di Prague,saya telah boking teksi melalui internet dengan harga 24 euro untuk sebuah kereta.Walau pun agak mahal tapi lebih selamat.Banyak sangat cerita pasal driver teksi yang merompak dan macam2 cerita buat saya pikir banyak kali untuk naik teksi.

Prague adalah sebuah bandar yang sangat cantik.Memang semua tempat adalah untuk pelancong.Kami duduk di hotel yang berdekatan dengan Charles bridge,jadi kami hanya berjalan kaki sahaja dikawasan yang berdekatan


Pemandangan dari hotel budget tempat kami menginap selama 3 malam.Hotel ini agak selesa dan selamat.Dan yang paling baik ada  dapur untuk memasak.Faham2 sajalah  orang kampung ni kalau tak dapat makan nasi ,lembut lutut nak berjalan....



Begini lah jalan-jalan yang terdapat di bandar Prague.Di sepanjang jalan ni banyak kedai2  yang menjual pelbagai jenis cenderahati untuk dibawa pulang.(kami tak beli pun kerana banyak tempat lagi untuk pergi,tak larat nak heret bag yang sarat dengan barang-barang dan makanan)
Cukup lah sekadar membeli fridge magnet sebagai kenang-kenangan dan ole-ole.





Sepanjang jambatan ini penuh dengan pelancong dan penjual cenderahati dan pelukis jalanan.Pendek kata memang happening sangat.Tapi kena berhati-hati kerana ramai penyeluk saku pun nak tunjuk skill jugak disini....


Kebetulan masa kami pegi tu musim buah-buahan,terutama buah stawberi,peach dan cherri.Bayangkan sekilo strawberri hanya 1 euro...maklumlah musim panas baru bermula.Tapi walau pun musim panas,sejuknya mengalahkan musim sejuk.Jadi tak dapat lah nak berlagak panas,terpaksalah kami memakai baju yang tebal jugak..Saya di fahamkan sebelum kami sampai di Prague tu hujan setiap hari,kata pemandu teksi yang peramah tu harap2 kami membawa sedikit matahari dari Malaysia.Tapi alhamdulilah sepanjang di Prague langit sentiasa cerah.


Ini ialah jam astronomi yang  dibina beratus-ratus tahun yang lalu.Ramai orang yang berkumpul untuk melihat setiap jam ini.Setiap kali jam ini berdenting akan keluar patung-patung dari jam tersebut.Memang sangat menarik,bayangkan sejak beratus-ratus tahun dulu lagi.



Di Prague banyak terdapat patung-patung witch yang dijual dikedai-kedai disepanjang jalan,kerana tidak dapat menahan rasa ingin tahu saya bertanya kepada penjual kenapa banyak witch diPrague,jawapannya ialah kerana banyak istana-istana lama di Prague dengan pelbagai mitos dan kisah-kisah yang berkaitan dengannya.Jadi Prague adalah sinonim dengan kehadiran ahli-ahli sihir pada masa itu.

Pada hari kami meninggalkan Prague,hujan turun dengan lebatnya dan Prague telah dilanda banjir yang teruk hingga menenggelamkan seluruh bandar Prague yang terletak di tepi sungai.....syukur alhamdulillah semasa Prague banjir,kami telah pun selamat sampai di Vienna.Tapi sepanjang perjalanan dengan keretapi kami dapt melihat air sungai telah memenuhi tebing....

Thursday, 31 January 2013

Guangzhou

Cuti sekolah bulan Disember kami bertolak ke Guangzhou.Itu pun dah merancang berbulan-bulan.Kali ni bukan pergi berdua tapi berenam,the more the merrier.....
Bertolak dari Lcct lebih kurang pukul 9.30 malam,kami sampai di Guangzhou kira-kira pukul 1 pagi.Cuaca agak sejuk tapi kami dah bersedia dengan  jacket tebal.Sampai disana kami menyewa sebuah  teksi 7 seater untuk ke hotel yang terletak di Beijing Lu (40 minit dari airport)

                                                   
                                                                      Airport Guangzhou                                                                                           Tempat pertama yang kami kunjungi ialah tempat shoping iaitu Shangxia Lu.Tempat ini memang terkenal dikalangan pelancong.



Tempat shoping ni memang besar dengan deretan kedai di kiri dan kanan jalan.Disini menjual berbagai bagai jenis barang terutamanya pakaian.Dan yang paling istimewa disini juga terdapat sebuah restoran  yang menjual makanan halal.Kiranya kalau dah letih berjalan boleh la menjamu selera dan merehatkan kaki yang kepenatan.Makanan yang dijual nasi goreng,mee sup nasi putih dengan lauk tapi walau pun sedap tetap teringat nasi di Malaysia kerana nasi disini agak lembik(tak sesuai dengan selera)


 Di kebanyakan  kawasan membeli belah banyak terdapat arca-arca yang menarik disepanjang panjang jalan.Terpaksalah mengambil masa yang agak lama kerana ahli rombongan sibuk bergambar.



Pada malamnya kami menaiki cruise menyusuri Pearl River.Tiket yang dijual agak mahal tetapi kami beli  
tiket underground saja yang jauh lebih murah tapi memang berbaloi sebab pemandangannya yang sungguh cantik dengan neon yang bergemerlapan.



Kami balik ke hotel berjalan kaki saja sebab tempatnya lebih kurang 15 minit saja dari hotel tapi selepas     seharian berjalan rasanya nak angkat kaki pun dah tak larat lagi.Yang penting badan mesti rehat sebab esok meronda lagi....

Esoknya kami ke pusat membeli belah barangan kulit.Satu perkara yang saya perhatikan disini semua barangan tiruan yang berjenama seperti LV,Burberry,Coach tidak boleh dijual sebarangan tetapi dijual melalui kaki-kaki yang akan membawa kita ke tempat simpanan barangan yang terletak ditempat tersorok yang dikawal rapi dan agak menakutkan.Mau tak takut macam tempat mafia dalam movie. ...

Kawasan hotel yang kami yang sewa terletak dikawasan shoping jadi tiap-tiap malam menyoping la kerja kami.Guanzhou merupakan syurga membeli belah tetapi untuk peniaga kerana barangan yang dijual adalah secara pukal. Oleh kerana kami pergi pada musim sejuk,kebanyakan baju yang dijual adalah untuk musim sejuk.Satu tempat yang saya rasa tidak terdapat dalam mana-mana pakej ialah melawat zoo.Walau macamanapun ia tetap menghiburkan kerana tujuan kami untuk melihat panda tercapai.



                                                                    Guangzhou zoo

                                                               
                                         Canton Tower atau dikenali juga dengan nama TV Tower


                                                     Pemandangan dari atas Canton Tower

                   
                                                      Masjid Huasheng atau masjid loceng/menara.
Masjid ini merupakan masjid tertua dan dibina dengan menara yang tinggi kerana berfungsi juga sebagai rumah api pada zamannya.Satu lagi masjid yang terdapat disini ialah masjid Saad Abi Waqas,walaubagaimanapun masjid ini tidak sempat kami kunjungi kerana kesuntukan masa walaupun  sejak dari rumah saya memang berazam untuk menziarah maqam sahabat/bapa saudara Nabi Muhamad   s.a.w.Memang kita yang merancang tetapi tuhan yang menentukan....


Ini ialah sejenis makanan yang dijual oleh orang-orang Islam iaitu manisan dengan pelbagai jenis kacang seperti pistachio,almond,kismis,walnut dan peach kering.Rasanya memang sedap.



Nasi turki yang memang sedap,jadi setiap malam kami makan di kedai Bhosporus walaupun makanan yang dijual agak mahal dan sentiasa penuh dengan pelanggan malah kami terpaksa beratur untuk mendapatkan tempat..
Pada hari kami bertolak  balik cuaca semakin sejuk yang memaksa kami memakai jacket sepanjang masa.