Monday, 25 May 2015

Switzerland 1

Switzerland merupakan tempat teratas dalam bucket list.Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.Switzerland memang cantik sangat-sangat,bersih dan tenang.
Walaupun perjalanan selama 8 jam dari Paris ke Switzerland tapi sangat berbaloi-baloi....




Pemandangan semasa matahari hampir terbenam dikawasan dekat hotel kami menginap.Kawasan berbukit yang sungguh cantik.Owner hotel yang kami duduk tu adalah bekas juara ski dunia.(tahun dah lupa).Hotel ini terletak dikawasan perkampongan tapi semuanya sunyi sepi seperti tiada berpenghuni.Tidak ada sesiapa yang kelihatan.Semua rumah dihias dengan bunga-bunga yang cantik yang menjadi medan untuk kami bergambar...



























 Hari pertama kami sampai hari dah senja jadi kami hanya sempat pusing-pusing kawasan hotel saja.Jarak dari hotel ke stesen keretapi lebih kurang sebatu lebih tapi dengan kawasan yang berbukit boleh tahan letihnya.....

Monday, 5 January 2015

Western Europe - Paris

Kalau tahun 2013 kami ke Eastern Europe,tahun ni 2014 alhamdullilah kami ke Paris,Switzerland dan Belgium pula.Tahun ni bertambah seorang lagi anggota kumpulan menjadikan empat orang semuanya.Lebih meriah dan menyeronokkan.
Kali ni kami pegi dengan Qatar Airways.Sampai di Paris (CDG) lebih kurang pukul 7 pagi,Selesai urusan luggage dan imigration kami naik keretapi ke Terminal 3 untuk naik RER B untuk ke Gare du Nord,(beli tiket ke Paris) sebab Gare du Nord juga dikenali sebagai Paris Nord.Kiranya Gare Du Nord ni macam KL Sentral la kalau kat Malaysia.  Orang Perancis ni kalau kita bertanya mesti dimulai dengan ' boujour' dulu kalau tidak haram dilayannya kita,atau pun lebih baik kalau boleh berbahasa Perancis sedikit kemudian disusuli dengan bahasa Inggeris. Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk meninggalkan beg di Gare Du Nord dengan bayaran harian.Semasa di Terminal Satu bayaran untuk meninggalkan beg dikira per hour.
Selepas makan roti,kami naik train sekali lagi ke Factory Outlet di Valle de Village.Factory outlet ni dekat dengan Disneyland Paris.Jadi kalau kita nak kesini kita mesti turun satu stesen sebelum Disneyland.Boleh lah beli beberapa buah handbag dan kasut walaupun harganya tak semurah di US atau di Biester Village.

Hari Kedua
Hari ini  kami ke galeri Laffayate untuk shoping dan menjamu mata.Terkejut tengok orang-orang masuk sini berbondong2 membawa barang seolah-olah shoping barang di pasar malam walau pun harga di situ mak datuk mahal macam nak beli bedil...dari situ ke ChampElysess , Eifffel Tower dan Notre Dame.Tapi kami bertiga sahaja naik Eiffel Tower kerana suami gayat.Kami menyusuri sungai dengan bot diiringi dengan lagu yang sungguh mendayu-dayu.....


Sunday, 20 April 2014

Bali

Kami ke Bali pada 22 hb Mac 2014 dengan Airasia.Bertolak pada pukul 8.00 malam dan sampai pukul 11 malam.Dari airport ke hotel lebih kurang 45 minit.

Hotel yang kami menginap memang cantik dan bersih.Boleh bagi A plus.Siap dengan private pool lagi.Walaupun kami pilih bilik yang ada pool tapi sekali pun x mandi sebab waktu siang sibuk berjalan dan waktu malam sudah keletihan.

Keesokkan harinya kami ke Ubud dengan kereta sewa yang disewa sebanyak 725 ribu rupiah setiap hari.Asalnya bukan la nak sewa kereta sepanjang 3 hari di sana tapi memandangkan kedudukan dari satu tempat ke satu tempat agak jauh terpaksa lah kami menyewa keta selama 3 hari.
Orang-orang Bali kebanyakkannya beragama Hindu.Oleh kerana wajah,warna kulit dan pakaian yang sama susah untuk membezakan antara orang Islam dengan orang beragama hindu.Makanan halal juga agak susah di Bali.Kami memilih untuk masak sendiri kerana kami menginap dihotel yang menyediakan tempat memasak.





 Disepanjang perjalanan banyak tempat menjual ukiran kayu,batu,kaca dan lukisan.Memang cantik dan halus hasil tangan orang-orang Bali.Kalau ikutkan hati semua nak dibeli.Kalau boleh pintu pun nak angkut balik ke Malaysia.Tapi itu lah kata orang bukan semua boleh dimiliki ....



Hari kedua kami ke Uluwatu dan Tanah Lot.Kami ke Tanah Lot untuk melihat matahari terbenam.Macam lah kita kat Malaysia ni matahari tak terbenam...tapi katanya tempat ni sangat cantik sewaktu matahari terbenam.Tapi kalau kena masanya memang cantik sekali terutama dalam iklan yang selalu di paparkan
Semua tiket untuk masuk ke tempat lawatan adalah berbeza antara orang tempatan dengan pelancong dari luar.Keadaan ini sungguh berbeza dengan tempat kita dimana semua tempat borong sama saja.Tak ada specialnya antara orang local dengan pelancong asing.






Sunday, 15 September 2013

Salzburg


                  Selepas sarapan pagi dengan roti dan telur di hotel, kami bersiap-siap untuk lawatan ke Hallstard.Saya membawa bekal sandwich tuna untuk makan tengahari nanti.Kami ambik small group tour  sebab perjalanan ke Hallstard agak jauh dan mahal.Harga pakej dalam RM1300 untuk kami bertiga.Walaupun agak mahal tapi rasanya berbaloi dengan apa yang kami dapat. Dalam perjalanan ke Hallstard,banyak tempat yang kami singgah antaranya rumah Mozart dan museum nya,istana-istana lama,St Wolfgang dan beberapa tempat menarik lagi.Perjalanan melalui kawasan perkampungan ini sungguh mendamaikan,mungkin sebab cuacanya yang berkabus dan rasanya seperti dalam aircond sepanjang masa.(kadang-kadang rasa macam peti sejuk.....)




              Kami juga singgah di istana Schloss hellbrunn yang cantik dengan taman yang luas.










Sepanjang perjalanan pemandangan sangat cantik.Hallstard terletak agak jauh dari hotel yang kami sewa tapi masih dalam area Austria.Bandar Hallstard telah di jadikan World Unesco herritage.Bandar ini telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu sebagai salt mining yang pertama.


Dalam perjalanan ini juga kami sempat singgah di St Wolfgang yang mempunyai sejarah nya yang tersendiri.Disini kami membeli sedikit cendehati sebagai kenang-kenangan.



Ini lah bandar Hallstard yang terletak di tepi tasik dan di pinggir bukit dimana terletaknya lombong garam.(ada kereta kabel untuk ke lombong garam)Oleh kerana hari gelap saja macam nak hujan kami hanya sampai di bandar Hallstard saja.Selepas mengambil beberapa keping gambar,hujan turun dengan lebatnya yang memaksa kami membeli satu lagi payung dengan harga 10 euro!











                        Kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderahati disepanjang jalan di Hallstard.

 

Dalam perjalanan balik ke hotel,kami singgah di bandar yang sangat cantik.Dua orang pelancong dari USA yang bersama kami mengambil kesempatan untuk melawat gereja kecil yang kebetulan ada majlis perkahwinan sedang berlangsung.Kami pula ambil kesempatan untuk minum kopi di sebuah cafe yang cantik.


Perjalanan yang panjang tetapi tidak membosankan kerana pemandu kami pandai bercerita dan kebetulan pula beliau pernah beberapa kali datang ke Malaysia.Kami sampai ke hotel lebih kurang pukul 6 petang.Selepas masak dan makan kami berehat untuk perjalanan seterusnya pada keesokkan harinya.Kami tidak keluar pada waktu malam kerana rasa kurang selamat tambahan pula hujan tidak berhenti-henti hingga ke pagi

.

Tuesday, 27 August 2013

vienna,Salzburg

Pada hari kami meninggalkan Prague,hujan turundengan lebatnya.Kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke stesen keretapi dengan tambang 20 euro.Kalau nak pegi dengan bas,bayangkan lah dengan 3 beg besar gedabak tu....

Sepanjang perjalanan hujan memang tak berhenti langsung.Air mula memlimpahi tebing malah ada yang dah melimpah sampai ke jalan raya.dalam hati saya tak putus-putus mita di permudahkan perjalanan kami maklumlah bukan senang pulak nak kemari lagi.....

Sesampai di Vienna,dengan meredah hujan kami check-in hotel yang terletak lebih kurang 200 meter dari stesen keretapi.Hasrat untuk melawat istana terpaksa dibatalkan kerana dengan 1 payung yang saya bawa dari Malaysia tentu la mustahil untuk meredah hujan yang lebat.Kami pun pusing sekitar hotel tapi malangnya semua kedai tutup kerana hari Ahad!Sudahnya balikhotel masak nasi,panaskan lauk2,selepas makan kami tidur kekenyangan. (kami  sewa hotel yang ada tempat memasak,bilik berasingan.Sangat selesa)



Di Vienna,hanya inilah saja kenangan yang ada kerana esoknya pagi-pagi lagi kami dah berangkut ke stesen keretapi untuk ke Salzburg.Distesen keretapi Vienna ramai orang Islam yang kami temui tapi yang menyedihkan dalam dia dok sembang elok-elok,bila jumpa kita yang Islam ni terus hulur tangan minta sedekah....

Pemandangan dari Vienna ke Salzburg sunguh cantik.Pada saya  Salzburg juga adalah bandar yang sangat cantik.Hotel kami di Salzburg sederhana saja tapi tuan punya hotel ini sangat baik dan peramah.Selepas makan dan solat,kami ambik tour pusing bandar.Hujan masih tidak berenti.Aduh.....




Monday, 12 August 2013

Eastern europe - Frankfurt dan Prague

Alhamdulillah bulan Jun  2013 dapat jugak menjejakkan kaki di europe (Germany,Austria dan Chech republik).Kami bertolak dengan Mas ke Frankfurt pada 26 Mei.Seawal 7.00 pagi sampai di Frankfurt, kami check in bag untuk flight ke Prague dulu kemudian kami ronda2 bandar Frankfurt dengan bas.


Ini lah bandar Fanfurt (dari atas bas saja kerana kami tak turun pun di mana-mana destinasi )



         Flight ke Prague pukul 7.00 malam. Di Prague,saya telah boking teksi melalui internet dengan harga 24 euro untuk sebuah kereta.Walau pun agak mahal tapi lebih selamat.Banyak sangat cerita pasal driver teksi yang merompak dan macam2 cerita buat saya pikir banyak kali untuk naik teksi.

Prague adalah sebuah bandar yang sangat cantik.Memang semua tempat adalah untuk pelancong.Kami duduk di hotel yang berdekatan dengan Charles bridge,jadi kami hanya berjalan kaki sahaja dikawasan yang berdekatan


Pemandangan dari hotel budget tempat kami menginap selama 3 malam.Hotel ini agak selesa dan selamat.Dan yang paling baik ada  dapur untuk memasak.Faham2 sajalah  orang kampung ni kalau tak dapat makan nasi ,lembut lutut nak berjalan....



Begini lah jalan-jalan yang terdapat di bandar Prague.Di sepanjang jalan ni banyak kedai2  yang menjual pelbagai jenis cenderahati untuk dibawa pulang.(kami tak beli pun kerana banyak tempat lagi untuk pergi,tak larat nak heret bag yang sarat dengan barang-barang dan makanan)
Cukup lah sekadar membeli fridge magnet sebagai kenang-kenangan dan ole-ole.





Sepanjang jambatan ini penuh dengan pelancong dan penjual cenderahati dan pelukis jalanan.Pendek kata memang happening sangat.Tapi kena berhati-hati kerana ramai penyeluk saku pun nak tunjuk skill jugak disini....


Kebetulan masa kami pegi tu musim buah-buahan,terutama buah stawberi,peach dan cherri.Bayangkan sekilo strawberri hanya 1 euro...maklumlah musim panas baru bermula.Tapi walau pun musim panas,sejuknya mengalahkan musim sejuk.Jadi tak dapat lah nak berlagak panas,terpaksalah kami memakai baju yang tebal jugak..Saya di fahamkan sebelum kami sampai di Prague tu hujan setiap hari,kata pemandu teksi yang peramah tu harap2 kami membawa sedikit matahari dari Malaysia.Tapi alhamdulilah sepanjang di Prague langit sentiasa cerah.


Ini ialah jam astronomi yang  dibina beratus-ratus tahun yang lalu.Ramai orang yang berkumpul untuk melihat setiap jam ini.Setiap kali jam ini berdenting akan keluar patung-patung dari jam tersebut.Memang sangat menarik,bayangkan sejak beratus-ratus tahun dulu lagi.



Di Prague banyak terdapat patung-patung witch yang dijual dikedai-kedai disepanjang jalan,kerana tidak dapat menahan rasa ingin tahu saya bertanya kepada penjual kenapa banyak witch diPrague,jawapannya ialah kerana banyak istana-istana lama di Prague dengan pelbagai mitos dan kisah-kisah yang berkaitan dengannya.Jadi Prague adalah sinonim dengan kehadiran ahli-ahli sihir pada masa itu.

Pada hari kami meninggalkan Prague,hujan turun dengan lebatnya dan Prague telah dilanda banjir yang teruk hingga menenggelamkan seluruh bandar Prague yang terletak di tepi sungai.....syukur alhamdulillah semasa Prague banjir,kami telah pun selamat sampai di Vienna.Tapi sepanjang perjalanan dengan keretapi kami dapt melihat air sungai telah memenuhi tebing....