Thursday, 4 August 2011

Charlotte


Saya dan Myron
                         
Kami sampai pukul 9.00 malam.Prof KokMun dan isteri menjemput kami di lapangan terbang Charlotte .Lapangan terbang Charlotte tidaklah begitu besar, jadi dengan mudah saja Myron dapat mengenali kami.(Kok Mun ada lecture,jadi isterinya berada di lapangan terbang lebih awal.Sepatutnya kami kami sampai sekitar pukul 6.30 petang tapi kerana pemeriksaan kastam dan imigration kami terlepas flight,nasib baik masih ada tempat untuk penerbangan selepas itu)
Kami berada di rumah Kok Mun dari 28 Julai hingga 1hb Ogos (iaitu hari pertama umat Islam berpuasa.)
Budi baik mereka berdua hanya tuhan saja dapat membalasnya.

Bersama prof Kok Mun.(macam sessi kaunseling plk)




Pemandangan rumah dari belakang.Rumah yang cantik dan tenang.


Buah-buah tomato dan cili yang ditanam dikawasan belakang rumah.Berbudi kepada tanah.




Kesunyian kadang-kadang membahagiakan, yang kedengaran hanya kicauan burung dan nyanyian unggas.Begitulah kebesaran Allah.

Dari sunroom ini  kita dapat melihat pelbagai jenis burung yang datang mencari makanan.(Myron menyediakan pelbagai jenis kekacang dan jagung untuk burung cardinal  dan air gula untuk humming bird.Burung cardinal akan datang berpasangan,burung jantan berwarna merah untuk menarik perhatian pasangannya dan yang betina berwarna kelabu.Pasangan ini tidak akan bertukar pasangan sehingga ke akhir hayat.Burung humming pula walaupun saiznya kecil(sebesar ibu jari) akan terbang merentasi sempadan yang jauh mengikut tiupan angin.Begitulah kebesaran Allah .
Kelihatan burung cardinal betina  dan botol nektar untuk makanan burng humming
Pemandangan dari hadapan rumah.





No comments:

Post a Comment