Di Charlotte,umat Islam mengerjakan sembahyang terawih disetiap masjid.Ada lebih kurang 5 buah masjid berdekatan dengan kapasiti 150 orang dan pada hujung minggu mencecah 500 orang.(bagi masjid yang besar)
Pada tiap-tiap malam juga diadakan majlis berbuka puasa(iftar).Pelbagai jenis makanan disediakan mengikut giliran masing-masing.Kebanyakan makanan yang disediakan pizza,salad,nasi beriani dan pelbagai jenis sup.(sup pekat yang berempah atau sup bercheese)Kami sempat juga beberapa kali berbuka puasa dimasjid dan sekali menerima jemputan berbuka dirumah saudara seislam dari Syria.
Apa yang paling menarik perhatian saya disini ialah ramai remaja yang kelihatan begitu rock sekali pakaiannya tetap mengerjakan solat berjemaah.Dan bacaan imam Yahya yang begitu syahdu tetap menyentuh hati saya.Selepas malam 20 ramadhan,majlis qiammullai bermula pukul 3.00pagi sehingga waktu sahur dan diakhiri dengan sembahyang subuh.
Malam terakhir ramadhan selepas terawih, diadakan bazar jualan untuk mengutip dana masjid.Semua barangan yang dijual adalah barangan untuk wanita sahaja.
| kosmetik Mary Kay pun ada dijual disini |