Wednesday, 6 June 2012

Baru-baru ni saya berkesempatan pergi ke Vietnam selama 4 hari.Sebenarnya diVietnam (Ho Chi Minh city) tidak ada apa yang menarik,mungkin keadaan cuaca dan persekitaran yang lebih kurang sama dengan Malaysia.Tapi walau pun begitu, jauh berjalan luaslah pemandangan.....

Kami tiba lebih kurang pukul 5 petang.(waktu di sana lewat1 jam ).Selepas solat dan mandi kami terus ke pasar Benh Thanh yang terletak lebih kurang 10 minit dari hotel.

Disini segala macam benda ada dijual,dari makanan,barang perhiasan rumah,perhiasan diri,pakaian siap dan kain ela ,cuma mak ayah saja yang tak ada.....(tu kata orang kampung saya....) dan jangan terkejut kerana ada diantara penjual yang boleh berbahasa melayu.Mana taknya,pusing kiri kanan,depan belakang nampak semua muka orang melayu sahaja.Rasa macam pegi Rantau Panjang la lebih kurang.Ok la tu kalau jumpa orang melayu,kalau jumpa semua bukan Malaysian,haaaaaa takut kau......




Buah-buahan yang dijual semua nampak segar dan disusun dengan cantik tapi harganya tidak lah begitu murah.mahal la tu......maklum lah pakai US dollar




                                                         Bunga yang dijual di pasar,siap digubah.



Terdapat dua kedai makanan halal berdekatan dengan hotel kami.Sepinggan nasi dengan ikan goreng ,sayur dan minuman lebih kurang RM15.


                                               Siput-siput yang banyak di jual di tepi-tepi jalan







                    Kuewtiau sup Vietnam yang dimakan bersama daun salam dan daun tomyam.



Dalam perjalanan ke Delta Mekong kami singgah di sebuah kedai untuk membeli minuman.Sepanjang perjalanan kesini kita akan dapat melihat kebanyakan kedai makan akan menyediakan buaian dan kerusi yang disediakan pula kerusi jenis yangbersaiz kecil atau kerusi malas.( beach chair )




                                          Melawat ke pulau-pulau kecil dengan menaiki sampan.




Saya perhatikan bukaan rumah dan kedai-kedai diVietnam adalah lebih kecil dari Malaysia. (lebih kurang 12 kaki sahaja keluasannya.Bukan sahaja gadis-gadis Vietnam slim melim tetapi rumah dan kedai juga kelihatan slim....apa rahsianyaaa?